Wednesday, August 12, 2009

Teambuilding @ Palm Garden IOI Resort Putrajaya

e













9 Ogos 2009-Ahad, aku n beberapa officemate telah dicalonkan untuk menghadirikan diri di Palm Garden Hotel untuk acara Teambuilding TM Consumer. Disebabkan Consumer dan bergabung dengan TMNET dan juga unit2 yang lain dan kami saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain, maka wujudlah program ini. Best juga. Program ni dikendalikan oleh orang2 TMTC iaitu En Azizun, Mohd Azhar dan Nurul. Tq ye..

Ada sesi yang menilai kejujuran kita, semangat berpasukan, time management dan banyak yang positif2 lah. Sesi terbahagi kpd 2..satu sesi pagi yang totally dalam dewan dan satu lagi pada sesi ptg amazing race pula diadakan. Untuk sesi pagi, kami diasingkan kepada 4 kumpulan. Dan, aku termasuk dalam kumpulan 4. So, berkenalanlah dengan kawan2 yang ada. Kami kena buat nama group, dan lahirlah group ALL 4 One. Dimana, kami bersatu padu untuk menjadi satu. Then kami kena persembahkan lagu Wau Bulan dengan creativiti. Lalu, yang bergelar wanita akan menyanyikan lagu tu dengan rentak asal..tradisional. Lalu, yang bergelar lelaki macho muncul dengan hip hop. Orait apa..baru lah ada kejutan..dan sebenarnya memang aku terkejut lah coz Izul, officemate aku yang memang baik tu tetiba je buat breakdance atau hip hop kot depan aku masa tengah show tu..terus aku lupa tarian aku sendiri. Memang terkejut. Tapi bangga juga coz sebenarnya aku dapat mengenali diri dia yang mungkin "dia sebenarnya". Tu yang kami gelak sangat tu..tak sangka..

Abg Man pun kelakar juga. Group dia kena denda menari lagu Bollywood. Cuba bayangkan..sesiapa yang kenal abg man lah ye..macamana rupa Abg Man tu menari bollywood..
ala2 shah rukh khan lah. Group aku pun kena denda gak tapi kena menari dangdut Inul..tercabar rasanya. Oleh kerana tatasulila kita ni, maka kami sekadar nyanyi je lah lagu dangdut tu. Yang menari, En Azizun, En Zul HR..ok apa..

Sesi petang, Amazing race. Group ada 7 orang termasuk Kak Mai, Abg Man, Yus,Mena,Nik dan Faz. Abg Man kaki dah sakit. Kak Mai pun tak leh buat yg kuat2. So, tinggal kami 5 yang akan menyelesaikan semua acara. Acara yang meniarap tu yang paling penat tu..tambah pula acara batu bata, makan roti sandwich yang dicampur dengan halia, nescafe,kopi and ntah apa2 lagi pun aku tak tau. Minum pulak air ginger,nescafe and di campurnya garam dalam air tu. Fuh..fear factor aku rasa nie..pengalaman tu. Akhirnya, acara habis dalam jam 7 ptg. Kumpulan Kak Yanti yang menjuarainya. Tahniah. Dan kumpulan kami, walaupun kalah tetapi kami menang dengan semangat berpasukan dan semangat setiakawan.

Yang pasti, aku dah 3 hari mc disebabkan otot2 nie sakit. Pengajarannya, selalu lah beriadah atau exercise supaya tidaklah otot2 tu terkejut bila berlaku kejutan....macam teambuilding ni..


6 comments:

Anonymous said...

tu la.. org lain gilir-gilir main tp assistant ratu kita ni pukul rata semua game.. cayala.. takpe shukshess...

SCS said...

Ooo semat la mamat tu!

Mrs Bahari said...

nama pun assistant..tak kan ratu lak yang nak buat. Masa buat tu i rasa ok je antibodi i nie..tetiba lepas tu baru lah tahu antibodi kurang..Antibodi tu..maksudnya ketahanan badan..huhu..

Mrs Bahari said...

mamat yang mana Lan..? yang tukang karut tu ke..atau yang menari bollywood?..

Anonymous said...

ada shatu mamat shebelah abg henshem tu nampak pushat you.. edit shikit

Mrs Bahari said...

i tak leh edit kalau yang bab2 macam tu coz tu pilihan orang yang punya diri. dia dapat baby T gamaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker