Monday, August 10, 2009

Mak Jatuh

Pada 21 Julai juga, kak la telefon aku. Katanya Mak Jatuh. Gue dah panik giler lah ni. Ye lah..jauh dimata tapi dekat dihati. Risau betul. Maklumlah, Chek dah tak de. Sapa yang boleh jaga dia. So, aku dah sibuk pk dah..hari tu dah lah birthday Csha. Ada celebration petang. Aku dah planning nak balik nie. Balik ngan Csha je..naik flight. Kira nak beli tiket je nie. Tapi bila telefon, dapat cakap ngan Mak, katanya dia jatuh tersepak akar kayu yang melintang patah. Sekali dia jatuh. Dah le dia selalu jatuh masa kat umah. Dia kuatkan diri untuk bangun, dan terasa pergelangan tangannya dah berbunyi.."ala2 ajis tu..". Terus dia rasa yang tangannya dah patah. So, dia pun g umah adik dia..(maknanya mak sedara i lah) untuk bawa g umah orang yang pandai betulkan tangan patah. Alhamdulillah ok. Tapi berbalut juga lah.

Esoknya, pagi lagi kami 3 beranak balik TRG. So, perjalanan menuju kg mengambil masa juga. Almaklumlah jauh..Kami sampai tengahari. Lega dapat tengok Mak. At least something lah. So, sebelah tangan tak leh gerak lagi. Tangan kanan yang ok. Tapi tak pe, aku sempat jaga mak untuk beberapa hari coz kena balik KL. Ayie ada exam. Kebetulan pulak tu adik kena g BTN kat Johor. Aku bertolak balik hari Jumaat. Tapi sebelum kejadian berlaku, mak kata dia ada mimpi arwah chek. Arwah balik umah..tapi sepatah pun arwah tak bercakap. Mak kata dalam mimpi tu mak tegur chek..kenapa kurus sangat..? Tapi chek tak jawab. Tapi dalam mimpi tu ada lah tangan mak sakit..rupa-rupanya betul lah mak jatuh..selepas beberapa hari mimpi.

Tapikan, yang aku rasa, mak mesti terasa ada orang yang masih sayang padanya. Arwah suaminya datang dalam mimpi membawa maksud agar orang yang disayanginya sentiasa waspada dan selamat. Tetapi kita berharap apa yang kita mimpi adalah mimpi. Mak beruntung kerana selalu bertemu arwah suaminya dalam mimpi. Agaknya, cukup lah walau dalam mimpi. Kerana pertemuan itu memebenarkan rasa rindunya berlalu.

Dan aku, masih setia berharap dan setia menanti agar bermimpi bertemu arwah.Terlalu lama rasanya tidak ku tatap wajah itu. Tidak ku dengar ketawanya..tidak ku lihat senyumnya..

Hanya doa untukmu..dan aku sebenarnya..

Rindu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku rindu....

5 comments:

nurul said...

Sebaknye aku baca zie....nasib ko balik...balik je wlu mak kite kata xde ape...at least kite ada di sana bersamanya...semoga cepat tgn mak ko pulih...
Mesti mak ayah ko pun loving couple mcm ko & bahari..selalu jumpa dalam mimpi...
Ko tentu anak yg baik,so satu hari pasti arwah akan muncul dalam mimpimu..
take good care darling!!

Mrs Bahari said...

Tq nurul..
mmg loving couple tu. Bapak aku tu kalau nak g mana2 mesti nak mak aku teman. Even hari2 terakhir dia pun masih nak mak aku teman kat hspt. Siap pegang tangan mak aku lg. Ajal yang memisahkan mereka. Aku pun doakan aku ngan bahari pun gitu. Tp kita takkan tahu apa janji Allah pada kita kan...Tq..

kella said...

sejak2 k zi dah takde, tak dapat la lg kita nak nyampuk ckp dgn mak k zie...
kita doakan semoga cepat sembuh hendaknya...
nanti jgn lupa kim slm kita kat 'Mok' ya!

Mrs Bahari said...

insyaallah mas..
aku pun sama gak. Kalau kak zie tepon kat opis tu, macam senyap sunyi je keadaan sana. Ye ke gitu atau memang waktu aku tepon tu semua dah kenyang..tunggu masa nak lelap je?

kella said...

hmm.. iyolah.. kengkadang kat bkt ptlg tu tak cukup korem sokmo.. tu yang sunyi tu.. kita pun asyik dok kat annexe je lagi nie..
hohahoha k ain n kak kin jer ler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker