Monday, November 24, 2008

MC

Hari nie gue dapat MC. Demam..esok insyaallah akan kerja lah..so, duk kat umah..sambil2 tenangkan diri..rehat kan diri and whatever yang nak buat lah kan. Akhirnya habis 2 movie aku tonton hari ni..dah lama tak tengok cite nie..cite hindustan..tangkap jiwang lah pulak..

Friday, November 21, 2008

TEnsIoN!!!!!!!!!!!!!!!

sesungguhnya..aku tension...............
memang hari ini tension itu milik aku...
geram..marah..bengang..semuanya cukup lengkap. Kenapa mesti ada manusia yang tak boleh fikir secara waras dan positif? Nape lah juga ada orang yang begitu sinis? Namun begitu, aku memang faham itulah "manusia". Tak semua nya sama..tak semuanya optimis..
so, manusia...jadilah manusia yang berfikir dengan akal yang agak2 panjang..jangan terlalu mengandaikan bahawa diri kita ini sempurna...

Wednesday, November 19, 2008

Gambar Lama


Ha..nie dia gambar lama sewaktu i masih budak2 lagi. Gambo nie bersama kakak gue..Dyla. Hari tu dia lah yang menghantar email gambo ni. Mana dia jumpa ntah. Yang pasti, kita tak de banyak gambo masa kecik. Coz, masa tu mak ngan chek mana lah ada duit nak beli kamera. So, kita memang miskin gambo2 nie. Tu bila kak la hantar email tu..wah!! terkejut juga coz dah lama benar tak nengok gambo nie. Csha pun cakap..cantiknya rambut ibu...
Memang lah bertambah perasan ibunya nie...

Monday, November 17, 2008

Ngantuknya..

hi..ngantuknya rasa mata kita nie..tadi waktu tengahari lepak jap kat surau. Sambil2 tu bercerita lah apa yang patut..seperti biasa lah..of course lah perkara2 yang menggeletek hati..mata terbahak2 lah ketawanya pun...
Dan geng kita yg biasa join forum siapa lagi..Mas ngan Kak Kin. Mas, sambil2 sembang pun boleh terlelap..apa barang!!!! memang betul lah budak nie..
tapi, mata kita nie walaupun ketawa, tak juga hilang ngantuknya. Almaklum lah air cond lah katakan..sejuk..ala2 over the sea u..hi..hi..

Nie, time menunggu lak kat opis nie. Menunggu si suami yang pergi amik anak dulu..pas tu baru amik kita. So, dalam jam 6 ptg sampai ler tu..tunggu...

Saturday, November 15, 2008

Jejak kawan2 UTM Dulu..

Beberapa hari yang lalu, best lah rasanya dapat juga menjejaki beberapa teman yang sudah lama terpisah. Geng2 nie masa belajar kat UTM dulu nie..biasa lah mesti dalam friendster punya. Ternampak lah juga Julaiha..dah ada 3 org anak dah dia..yang lain..Afza, Ct Warhana,Byha..dan ada lagi beberapa. Harap2 diaorg bacalah mesej yg dihantar. Boleh gak kita contact2 semula..

Thursday, November 13, 2008

Lama tak menulis..

Lama sungguh rasanya tak menulis kat blog nie..walaupun sebenarnya baru beberapa hari.
Hari nie i ada interview..mujur tak nervous..tak macam interview yang dulu..suara pun bergetar..Jadi bila dah abis interview tu barulah ada mood nak menulis. Dapat juga jumpa kawan2 kat tempat interview tadi. Yang dah lama tak jumpa..

Beberapa hari yang lepas, memang penat. Al maklumlah jadi single mother jap..hubby tak de. G kuantan seminggu. Jadi terpaksa lah i rushing ke hulu ke hilir..settle permasalahan kat umah tu..
Hari Sabtu hari tu my mom in law sampai. datang jauh dr KB. Nak jumpa anaknya dan ada hal sekali nak settle kat Pendaftaran Negara tu..Dan, dapatlah juga kami berjalan2 di sekitar ibukota dan putrajaya tu kerana mak kita tu datang ngan cucu dia. Kira bawa anak sedara pergi pusing2 dan posing2 lah...

Wednesday, November 5, 2008

TEeNGiRlL


Pose..


Sunday, November 2, 2008

Dikir Barat Episod 2


Hari nie hari utk csha perform Dikir Barat. Mulanya kami nak pi tu dlm jam 10 lebih. Coz majlis dia habis dalam 12 tghari. Csha untuk turn yang paling last. Tup2..last minute Umi call tanya kat mana. Katanya diorang dah percepatkan majlis tu. So, kelam kabut juga lah kami nak g ke Kompleks Taman Seni Islam di Shah Alam. Jam dah 8 .oo pagi dah nie..Csha lum bangun lagi. So, express lah...

On the way pun Umi call lagi..tanya kat mana dah. Kesian juga kat Csha kalau tak sempat. Dah habis rehersal dah tu...nasib baik tak jam..dan kami pun tak sesat. Sampai kat sana, nasib baik juga lum lg turn diaorg. sempat lagi bersiap pakai selempang lagi tu..Pakai jubah dan bertudung..

So, masa perform tu, biasalah budak2 nie pantang nampak mak bapak dia..mesti exited tu..Csha pun apa kurang. Kat atas stage pun boleh lambai2 kita nie..well baru 5 tahun..apa kecoh..
Tetapi yang malangnya ayah dia plak lupa kamera dalam kereta. So, hanya boleh guna handycam je lah. So, kalau dapat nanti kita cuba selitkan video tu dalam blog nie. Tetapi untuk mak la dia yang nak tengok gambo csha tu kita try sekeping nie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker