Thursday, January 12, 2012

Tandakan kalendar

"Kenapa kakak tandakan kalendar setiap hari?" Tanya aku pada Alya.
"O..kakak tanda sebab nanti kakakak tahu hari ni hari jadi ibu..hari jadi ayah..bla..bla..bla.." .
itu lah jawapan kakak pada aku. Tapi, sebelum aku tanya pada dia, aku ceritakan pada teman sejati merangkap suami. Aku cakap.."abg, kenapa alya tanda kan kalendar tu? Kita tak boleh lah tengok..".
Ayie cakap.."tahu.."

lalu,aku ceritakan sebab kenapa aku tak leh tengok. 5 tahun yang lalu, selepas arwah Chek meninggal, aku terpandang kalendar nya yang selalu dia tandakan..tarikh dapat gaji..setiap bulan. Tetapi untuk gaji bulan Ogos..kalendarnya tidak bertanda. Ye lah..masa tu dia dah sakit. Tetapi yang terasa pilu tu, bila melihat dia tandakan tarikh 1 september 2006, dengan pen merah dan tarikh2 selepas tu, tiada lagi bertanda.

Rupanya tarikh itu, tarikh terakhir dirimu di alam ini. Tarikh yang kau tandakan itu adalah tarikh yang kau tinggalkan kami dengan kenangan. Tarikh yang menyesakkan dada kami melihat kau terbujur kaku. Tarikh yang memang aku tidak dapat lupakan sehingga mata ini terpejam. Agaknya kau tahu itulah hari terakhirmu..hari yang engkau akan dijemput kembali kepadaNYA.

Sekarang, bila aku tengok anak aku pulak yang tanda, aku teringat pada arwah. Itu lah aku cerita kan pada Alya. Dan, Alya seperti biasa..memahami ibunya..
Dia kata.." tak pe bu..nanti kakak sembunyi kan kat tempat lain. Nanti ibu tak nampak"..
emmm..kakak..kakak..itu lah kamu!!! Anak ibu..

Sunday, January 1, 2012

Berakhir 2011, Permulaan 2012

Sejauh kaki kita melangkah ke hadapan, sejauh itu lah catatan 2011 kita tinggalkan. Banyak cerita yang disampaikan..diceritakan..dicatatkan..banyak juga cerita dirahsiakan..disimpan agar tiada siapa yang tahu kecuali yang esa.
Banyak sungguh dugaan, begitu juga cabaran, apatah lagi ujian. Kita lalui tanpa rasa terbeban kerana setiap perhentian, akan ada bumbung untuk kita berteduh. Ketika diperteduhan itu, kita berfikir untuk teruskan kehidupan dengan berdoa agar usia kita dipanjangkan sehingga hari kiamat. Jika kita rasa terbeban dengan setiap ujian, maka ingatlah ada ujian yang lebih besar yang mungkin insan yang lain lalui.
2011 meninggalkan kita dengan cerita gembira. Masing-masing mempunyai cerita ini. Aku juga begitu. Aku ingin selalu gembira. Setiap hari ingin gembira..ketawa..agar terasa bahagia.
Oleh itu, walaupun kita tinggalkan seribu cerita suka dan duka, jangan kita lupa untuk mengenangkannya kerana kenangan itu adalah milik abadi kita.
2012 yang tiba..kita doakan agar Allah berikan keupayaan untuk meneruskan kehidupan dengan rahmatNYA dan kesihatan yang baik. Ya Allah, engkau mudahkan hari kami dengan segala kebaikan..engkau jauhkan lah segala keburukan. Semoga engkau panjangkan usia kami sehingga hari kiamat. Aku juga memohon agar engkau panjangkan jodoh kami, tetapkan kasih sayang dan cinta kami, engkau bahagiakan kami sehingga akhir hayat kami.
Aku juga berharap, aku akan menjadi seorang yang lebih baik drpd semalam...
Selamat tahun baru 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker