Friday, September 23, 2011

Along at Cipta Rekod Tandatangan Akujanji Di Dasar Laut

Along kat belakang tu tengah posing bersama team yang turut sama mencipta rekod tandatangan akujanji di dasar laut, Pulau Bidong. Ini adalah untuk memulihara Pulau Bidong itu sendiri. Persatuan PemuliharaanTerumbu Karang atau Coral Malaysia telah menempa nama dalam Malaysian Book of Records bagi tujuan ini. Congratulation to along as well. Sebelah u tu Fauziah Latiff ye..?

Team under TMConsumer

With team Business Finance

Team Channel

With Marcomm

With Business Operation & Support

Meriah Raya TM Consumer





Meriah suasana hari raya TM Consumer. Actually meriah dari team kite je..haha..
memang meriah lah sebenarnya. Meriah bergambar dan ketawa. Kita yang penting adalah gambar. Selamat hari raya aidilfitri untuk semua.

Thursday, September 22, 2011

Memori Alya with Cousinnya at Sultan Mahmud Airport





Berakhirnya cuti hari raya di kampung sempena perkahwinan adik Ja. Time ni Alya dengan secara halusnya memaksa Bak aka abg ma utk membawa bala tenteranya iaitu Amir, Amna dan Ammar ke airport utk menghantar kami balik ke KL. Kalau tengokkan gambar tu, Bak memang smart giler ah..siap lengkap ngan kain pelikat. Kak Laila lak..vogue dah ngan baju kurung dia. Cam ne lah Bak ni tak fashionable langsung..emmm...

Amir sedih pulak tengok kakak balik. Siap rekod kapal terbang naik lagi katanya..kakak pun sediah juga. Ye lah, dah lama duk kat kampung kan..nanti kita jumpa lagi ye..

Wednesday, September 21, 2011

Open House Kak Nazirah






Firstly, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada kak nazirah aka manager i, yg sudi menjemput kami yang haru biru ni ke terataknya di Damansara Damai sempena makan2 aidilfitri. Meriah kalau budak2 CS ni kalau beraya. Tak kira yang pakai PB atau tak, semuanya melapangkan perut selaku tempat penyimpanan barang2 makanan. Fuh..teruk betul kekeyangan tu. Terima kasih juga pada Haza yg sudi menaja transport..kalau tak, tak de lah kita sampai ke umah kak nazirah. Iqbal, tq for the gambar..yang penting gambar lah kan. Kalau tak de gambar, tak de memori lah pulak. So team, boleh lah kita buat lagi makan2 macam gini kan...Lepas umah kak nazirah, kita serang umah Naza pulak. Terharu!!!!!

Monday, September 19, 2011

Gelisah hatimu

Rupanya hati mu gelisah. Tapi aku memang sedari itu. Aku merasakan getarnya. Merasakan kesusahan hatimu intuk meluahkan. untuk kau titipkan kata2. Untuk kau tuturkan pada ku. Wahai puteriku, jangan kau pendam hiba, jangan kau diam bicara. Ibu tahu hatimu kerana engkau anakku. Wahai ratu hatiku, jangan menangis tanpa airmata, jangan titiskan tanpa linangannya, kerana itu akan membuat kau bersedih. Ibu ada disisi mu, Ayah juga setia disitu. datanglah wahai puteriku..dakaplah ibu dan ayahmu. Kini, kau pumya teman baru..adik mu yang selalu membuat dirimu ketawa dan bahagia. Sayangilah dia seperti kamu menyayangi kami..kamu pasti selalu gembira dan senang hati.

Sunday, September 18, 2011

Donut tak de gula

First time buat donut sepanjang hidup ini. Tetiba je bulan puasa yang lepas, teringin pulak makan donut tak de gula. Kalau hari keje, memang hari2 kat tingkat 3 tu beli donut tak de gula ni. Siap budak yg jual tu dah kenal ngan akak ni. So, sempat lah dengan Ayie gi cari barang2 utk membuatnya. Ini lah hasilnya yang tak seberapa tetapi pujian pada diri sendiri harus ada kerana sedap juga rasanya..so, lepas ni boleh lah buat lagi..tu pun kalau rajin..

Saturday, September 17, 2011

My lovely cousin

Tq to my dearest cousin for being part of this wedding day preparation. Actually, most of her time spending are really appreciated. Tq also for always support my sis in whatever conditions she faced off. Thank you very much.

Happy 9th Anniversary

Happy 9th Anniversary to my lovely hubby..a great father to my kids..a humble son to his parents..a handsome man as my pakwe..a funny man..sometimes..and the most wonderful man i ever met. Nothing less to say..i love you so much, because u be yourself for me, u be my side every moments..every way..and every single day. Thank you very2 much and hope we will be together till the end of our life.

For Alya & Imran,
Be a good kids for us. One day you will know..there are us on your journey to hold your hand..to right your wrong, to up you down..and to loves you most!! We loves you..

1 September 2011

1 september 2011. Al-fatihah untuk arwah Muda bin Hamat yang telah pun 5 tahun meninggalkan kami anak2 dan juga seorang isteri yang masih setia menghadiahkan doa untuk mu. Semoga roh chek diberkati di sana dan kami akan terus mendoakan dan menghadiahkan ayat2 suci buat mu. Begitu juga buat arwah kakak2 ku yang telah berpuluh tahun pergi meninggalkan ku. Walaupun wajahmu tidak pernah ku tatap, tapi kalian tetap dihati. moga suatu masa nanti kita akan bersua walaupun hanya dlm mimpi.

Sambut Menantu di Kemaman

Akhirnya dapat juga sekeping gambar family kami dengan pengantin. Al-maklumlah, pada hari kenduri di umah kami, tak berpeluang nak bergambar dengan pengantin. Si suami sibuk di belakang tabir..dan aku dengan si Imran nya pula..emm..at last dapat juga gambar ni.

Selamat Pengantin Baru Ja & Daus


Untuk adik kesayangan ku..
Selamat pengantin baru dan selamat membina keluarga bahagia. welcome Daus to our family. Kami doakan agar perkahwinan itu akan kekal ke akhir hayat kalian dan hadapi lah segala saat suka dan duka dengan sabar dan kuat. Semoga kalian berdua bahagia dan gembira selalu.
Love u both..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker