Friday, December 23, 2011

Happy Birthday Imran


Happy Birthday Imran...

Dulu dan Kini


Alahai anak ibu ni..terjumpa gambar lama kakak yang cute sangat pakai topi..so, ibu letakkan kat sini supaya kakak boleh tengok macamana rupa kakak masa kecik2 dan sekarang pun comel juga kan..senyum sokmo ye..supaya kakak akan cantik dengan perilaku dan cantik dengan hati yang suci..

Tuesday, December 6, 2011

Mencari yang hilang

Mencari yang hilang, menunggu yang tidak akan datang. sampai bila pun tidak akan kunjung tiba. Mengenang yang pergi amat menyedihkan. Apatah lagi bila yang meratap itu adalah waris yang ditinggalkan. Pasti hiba...

Mencari yang hilang, menanti sehingga senja..akhirnya malam kelam yang tiba. Namun, masih juga tiada. Pasti sepi...

Mencari yang hilang, berharap akan pulang. Tetapi, harapan itu sudah ada jawapan. Tidak mungkin dia kembali..kerana itu adalah janji. Janji yang maha esa ketika mengambilnya pergi.

Wahai adikku, yang pergi tidak akan kembali. Yang hilang dijemput ilahi pasti juga kan sepi..tidak akan kita temui lagi. Wahai adikku, disaat begini, hanya airmata yang basah ke pipi. Tangisan pilu menambah sendu sekeping hati. Hati yang ditinggalkan.

Usah kau renung memori, jangan kau tenung ukiran dulu, usah kau sayu mengingat gerak geri, jangan kau rebah bersama kenangan itu.

Senyumlah bersama keletah lucu, ketawalah bersama gurau senda, senyumlah kerana kita masih terasa sentuhannya, ketawalah kerana kita masih boleh memanggil namanya.

Usah gusar kerana kita masih boleh melihat pusara nya, usah sedih kerana kita masih boleh mendoakan kesejahteraannya.

Wahai adikku, dia pergi kerana Allah menjemputnya. Redhakan lah..moga perjalananya tenang..dirahmati..diberkati.

Aku, juga seperti mu..merasakan apa yang kau rasa.
Kerana aku..diantara waris yang ditinggalkan.

Alfatihah..Muda bin Hamat.

Swimming time!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker