Saturday, October 20, 2012

Tulisan sepi

A<p dir=ltr>Banyak cerita yg berlalu tanpa tulisan yang aku layangkan di sini. Namun..cerita yang pergi itu adalah cerita indah yang akan aku kenang apabila terlintas di benak fikiran. Melalui kehidupan ini perlukan masa yang panjang. Samada masa itu milik kita atau tidak..itu terpulang pada keadaan.<br>
Kadang kala perjalanan hidup kita adalah di atas pengalaman hidup orang lain. Melihat, mendengar dan cuba merasa apa yg orang lain rasai. Sekadar cuba. Dan, sekurang-kurangnya ia adalah bekal untuk kita lalui masa depan.

Saturday, July 7, 2012

Titik Peluh!!








Warna-warna semasa pertandingan Badminton Anjuran TM Consumer HQ. Dah lama tak bersukan..ambik ko!!! Sekali bersukan semput giler lah.
Yang lebih semput bila sukan mengejar Imran..hahaha..lagi adventures.

Menjejaki Guangzhou

Saturday, May 12, 2012

Takut Tenggelam

"Sambut lah tangan ku ini aku takut tenggelam..sambutlah tangan ku ini curamnya sangat dalam.." 
Takut ke aku sebenarnya jika tenggelam?? takut lah..sebab aku takut air..tak pandai berenang dan tak tahu menyelam. Emmm..susah nak digambarkan dengan kata2. Yang pasti mesti pandai untuk selamatkan diri kerana aku masih mahu teruskan langkah.

Monday, April 30, 2012

Resepi Donut

Resepi Donut

  • 1 paket kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. 
  5. Bentukkan donut.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Monday, April 23, 2012

Epal..menarik tertarik..emmm..


Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.Maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanserdaripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu. Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal
berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

So, tips hari ini sebenarnya, kalau nak kurus, boleh lah amalkan pemakanan yang banyak serat. Jom, kita beramai2 makan epal!! Itu je yang aku makan, so aku promote tu je lah. Yang lain kalau korang suka..makan je!! Janji banyak serat dan zat nya.


Tuesday, April 17, 2012

Bowling ANOC

 
 
 
 
Posted by Picasa

Langkah untuk kejayaan

Hidup ini memberi banyak ruang untuk berfikir.
Menghadapi kesukaran.
Mencari penyelesaian.

Sebenarnya hidup ini indah walaupun pelbagai rintangan yang datang. Manusia tidak serik untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya, kita ini kuat sebenarnya. Tak ada duit untuk makan...??? Mesti kita tahu jalan penyelesaian. Kerana kita punya sesuatu yang luar biasa. Dikurniakan akal fikiran yang waras untuk berfikir dan untuk membuat tindakan.

Tetiba pulak aku bercerita tentang perkara ini. Mungkin sudah tiba waktunya untuk terus yakin memulakan sesuatu yang baru. Hati ini teguh untuk menjayakan sesuatu. Sesuatu yang sebelum ini ada tetapi belum terlaksana.

Ya Allah, kau berilah kami peluang untuk terus yakin melangkah dan kuat untuk berusaha.


Saturday, March 17, 2012

Imran


Imran Amzar..ni lah first gambar Imran yang ibu touch up kan ye..so, Imran jangan marah ye..nanti ibu upload gambar kakak juga.
Jangan nakal-nakal ye..

Friday, March 16, 2012

Dedaun Hijau Di Angin Lalu


Kehijauan adalah keindahan. Keindahan membawa kemesraan. Di Kala hijau melapangkan warnanya..ternyata dunia kita akan lebih bermakna. Kerana hijau itu memberi kehidupan yang aman..

Moment of Truth


Gelagat putera puteri yang hari2 menghiburkan hati. Seronok mendengar kakak bercerita..gembira tengok adik pun sama suka..

Aim to be... like her...

Tanah Serendah Sekebun Bunga


Deklamsi puisi indah dari seorang selebriti..

Saturday, March 10, 2012

Pemergian Arwah Makh Hassan Ali

Pada 10 Februari 2012, adalah tarikh yang memilukan seluruh keluarga Ayie kerana ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Kembali kepada Pencipta kita..

Mengenalinya hampir lebih 10 tahun, adalah waktu yang singkat. Bersembang bercerita tentang anak-anaknya..tentang kehidupan masa lalu nya adalah saat yang mungkin tidak lama bagi aku, tetapi adalah saat yang berharga.

Ayah,
menjadi sebahagian keluarga ayah adalah saat yang zie memang inginkan. Bertemu Ayah pada mulanya takut sekali. Garang kah orang nya..suka kah dia pada aku? Apa pandangannya? Apa penerimaannya? Boleh ke sesuaikan diri berada dikelompoknya? Mungkinkah keluargaku juga diterima dengan hati yang ikhlas? Persoalan....dan saat bertentang mata..saat berada dikalangan mereka, aku tidak janggal..hanya perlu cari ruang untuk lebih mengenali.

Terima kasih Ayah kerana sudi terima diri ini menjadi menantu dan kau anggap diri ini sebahagian daripada ahli keluarga mu. Membuatkan diri terasa disayangi.

Sesuatu yang mungkin aku akan rindu adalah ketika lama aku menyepi..kau menghubungi dan berkata.." ayah saja nak dengar suara menantu ayah ni.."
emmm...

Kini kau tiada lagi di sini. Walaupun kau sekadar ayah mertua, tetapi ku telah anggapmu sebagai ganti ayah sendiri yang juga telah meninggalkan aku. Walau apa pun, kita semua akan pergi. Hanya masa yang menentukan.

Aku berdoa, agar ayah ditempatkan dikalangan orang beriman dan kami akan selalu ingat kamu.

Al-fatihah..

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

See my eyes..

Thursday, January 12, 2012

Tandakan kalendar

"Kenapa kakak tandakan kalendar setiap hari?" Tanya aku pada Alya.
"O..kakak tanda sebab nanti kakakak tahu hari ni hari jadi ibu..hari jadi ayah..bla..bla..bla.." .
itu lah jawapan kakak pada aku. Tapi, sebelum aku tanya pada dia, aku ceritakan pada teman sejati merangkap suami. Aku cakap.."abg, kenapa alya tanda kan kalendar tu? Kita tak boleh lah tengok..".
Ayie cakap.."tahu.."

lalu,aku ceritakan sebab kenapa aku tak leh tengok. 5 tahun yang lalu, selepas arwah Chek meninggal, aku terpandang kalendar nya yang selalu dia tandakan..tarikh dapat gaji..setiap bulan. Tetapi untuk gaji bulan Ogos..kalendarnya tidak bertanda. Ye lah..masa tu dia dah sakit. Tetapi yang terasa pilu tu, bila melihat dia tandakan tarikh 1 september 2006, dengan pen merah dan tarikh2 selepas tu, tiada lagi bertanda.

Rupanya tarikh itu, tarikh terakhir dirimu di alam ini. Tarikh yang kau tandakan itu adalah tarikh yang kau tinggalkan kami dengan kenangan. Tarikh yang menyesakkan dada kami melihat kau terbujur kaku. Tarikh yang memang aku tidak dapat lupakan sehingga mata ini terpejam. Agaknya kau tahu itulah hari terakhirmu..hari yang engkau akan dijemput kembali kepadaNYA.

Sekarang, bila aku tengok anak aku pulak yang tanda, aku teringat pada arwah. Itu lah aku cerita kan pada Alya. Dan, Alya seperti biasa..memahami ibunya..
Dia kata.." tak pe bu..nanti kakak sembunyi kan kat tempat lain. Nanti ibu tak nampak"..
emmm..kakak..kakak..itu lah kamu!!! Anak ibu..

Sunday, January 1, 2012

Berakhir 2011, Permulaan 2012

Sejauh kaki kita melangkah ke hadapan, sejauh itu lah catatan 2011 kita tinggalkan. Banyak cerita yang disampaikan..diceritakan..dicatatkan..banyak juga cerita dirahsiakan..disimpan agar tiada siapa yang tahu kecuali yang esa.
Banyak sungguh dugaan, begitu juga cabaran, apatah lagi ujian. Kita lalui tanpa rasa terbeban kerana setiap perhentian, akan ada bumbung untuk kita berteduh. Ketika diperteduhan itu, kita berfikir untuk teruskan kehidupan dengan berdoa agar usia kita dipanjangkan sehingga hari kiamat. Jika kita rasa terbeban dengan setiap ujian, maka ingatlah ada ujian yang lebih besar yang mungkin insan yang lain lalui.
2011 meninggalkan kita dengan cerita gembira. Masing-masing mempunyai cerita ini. Aku juga begitu. Aku ingin selalu gembira. Setiap hari ingin gembira..ketawa..agar terasa bahagia.
Oleh itu, walaupun kita tinggalkan seribu cerita suka dan duka, jangan kita lupa untuk mengenangkannya kerana kenangan itu adalah milik abadi kita.
2012 yang tiba..kita doakan agar Allah berikan keupayaan untuk meneruskan kehidupan dengan rahmatNYA dan kesihatan yang baik. Ya Allah, engkau mudahkan hari kami dengan segala kebaikan..engkau jauhkan lah segala keburukan. Semoga engkau panjangkan usia kami sehingga hari kiamat. Aku juga memohon agar engkau panjangkan jodoh kami, tetapkan kasih sayang dan cinta kami, engkau bahagiakan kami sehingga akhir hayat kami.
Aku juga berharap, aku akan menjadi seorang yang lebih baik drpd semalam...
Selamat tahun baru 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker