Tuesday, August 18, 2009

Hati Ini Berkata

Ada ketika, waktu senja berlabuh, hati meruntun hiba. Mengingatkan aku pada satu kisah. Kisah kehilangan. Sayu..hiba..rindu dan gembira. Pasti hati ini berkecamuk. Begitu banyak kenangan yang singgah sehinggakan aku juga tidak tahu apa yang aku rasa. Tetapi, pasti Al-Fatihah ku hadiahkan untukmu agar kau tenang selalu di sana.
Walaupun kini, hampir 3 tahun kau pergi, aku terasa bagai semalam kau memejamkan mata buat selamanya. Rasanya baru semalam kita berbicara walau tidak bertentang mata. Rasanya baru semalam kau mengadu tidak selesa kerana sakitmu. Dan, baru semalam ku rasa kau menyebut namaku. Dan, aku tahu selama hidup ku ini, tidak pernah kau melupakan nama ku.
Aku juga begitu. Takkan pernah melupakan nama mu dihujung nama ku. Akan ku kekalkan ia untuk selamanya dan hanya akan berganti nama isteri mu tatkala talkin dibaca untuk ku.
Aku rindu untuk memicit tubuh tua mu yang sakit kerana sentiasa mencari sesuap nasi untuk amanah-amanah mu..aku rindu untuk mendengar latah mu yang bisa meriuhkan kesunyian ahli kelurga mu, aku rindu melihat peluh kering ketika kau mengejar masa untuk melakukan itu dan ini..ahh..banyak benar kerinduan tentang mu. Banyak benar kenangan bersamamu. Banyak sungguh yang ingin ku titipkan buat mu.
Dan, akan ku abadikan cerita mu di sini untuk memori kami, anak-anakmu yang kau tinggalkan sepi..dan Insyaallah..akan kami jaga wanita yang paling kau sayang dengan sempurna kerana wanita itu juga milik kami yang tersayang. Dan, setiap kali aku melihat wanita kesayanganmu, perkara yang tidak pernah ku lupakan adalah saat-saat terakhir mu, ku lihat jemari mu dan jemarinya erat kau genggam. Genggaman itu untuk selamanya..
Wahai ayahku yang amat ku rindu, tenang lah kau di sana bersama orang yang beriman. Semoga syurga akan bersamamu..Al-Fatihah..

2 comments:

nurul said...

InsyaAllah....amin. Memang amat terasa akan kehilangannye kerana mereka yg mendidik membesarkan kite..mereka yg pertama kite kenali...yg sentiasa bersama walau ape terjadi...mereka yg sentiasa mendoakan kite wlu kdg kite menyakitkan mereka tanpa sengaja...

kella said...

k zie...kita faham..
kita yang hidup ni masih boleh mbantu mereka dengan sedekahkan bcaan Yassin dan Al-Quran..selagi kita mampu,kita buat kan.. mudah2han sampai la pada yg dituju..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker