Friday, April 23, 2010

Sunday, April 18, 2010

Majlis Akikah & Cukur Jambul Anak Hana

Tengahari tadi aku ngan Csha pergi umah Hana. Ada majlis akikah dan Cukur Jambul anak sulong Hana. Baby Boy. Seronok atuk ngan neneknya..jaga cucu lah pulak!! Ramai orang umah Hana..ini macam nak mengalahkan majlis kawin hana ni..hehe.. So, kat situ, jumpa lah Itah..salleh & Family and Ija & Wan. Yang lain tak de kot. Anyway, congrats Hana!!! Jaga elok2 and ko pun elok2 tau...
Tq for inviting us!!

Birthday Iman..anak Emi

Sorry Emi coz aku tak dapat nak menghadirkan diri kat umah ko mlm tadi. Tapi aku tepon ko kan bagi tau nape..so, next time aku jumpa Iman yer..semoga dia sihat..makin chubby..comey dan semua yang indah2 je milik dia...Hepi birthday Iman!!!

Bila lah nak siap???...emm

Bila lah umah aku nak siap renovate ni..harap2nya by the end of this month dah settle everything kot. Tak larat menengok barang2 duk cam gitu jer..habuk2 tak yah cite ler..memang sentiasa kena mop lah nampaknya. nak rumah cantik..ini lah yang kena lalui. tapi tak pe..kita buat je mana yang termampu yer..sian hubby i..dah le hari minggu kena tunggu umah..orang wat keje2 tu ada kan. so, weekend memang full day @ home ler. Emmm..anggap je tu nice weekend jan..? layanz...

Thursday, April 15, 2010

Pregnant!!!

Hari nie, memang hepi sesangat coz, dapat tahu yang aku pregnant. Akhirnya penantian selama 7 tahun akhirnya dibalas dengan kegembiraan.
Paling hepi adalah Csha. Banyak betul kata2 dia yang membuatkan aku mengalirkan air mata bersyukur pada Allah s.w.t kerana ini adalah kurniaannya yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Sekarang, Csha cakap..dia dah ada adik beradik..dan doa dia selama ini jadi kenyataan. she was happy for me..and tq juga utk Ayie coz selama tempoh berikhtiar tu, tak pernah sekali pun mengungkit pasal anak. Tqvm..and now, seluruh famili happy..keluarga aku, keluarga mertua..sepupu2, kawan2 yang dah lama menunggu berita pun sama2 berkongsi kegembiraan.

Apa2 pun, aku tetap berterima kasih pada mu Allah..walaupun aku banyak melakukan kesilapan namun kau tetap juga memberikan secebis ihsan. Dan, amanah ini akan ku jaga sebaik2nya kerana dia adalah kurnian dari mu..

Semoga aku sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..dan semoga baby sihat dan sempurna sifat. Amin..

Monday, April 12, 2010

Teaming With Passion..Challenge!!!

lepas balik dr workshop, aku ngan mas, bertapa kat TMTC 2 hari..eh!!lupa lak..abg man sekali..
Dulu TMC dah buat sekali kat Hotel Istana tapi aku tak g..
Best juga kursus tu. mengajar kita perkara2 yang positif..motivate diri sendiri. Kalau lepas nie tak apply dalam kehidupan kita tak guna gak g kursus apa pun kan..
So, challenge!!!

Thursday, April 8, 2010

Streamyx Activation Workshop

Lama sungguh tak bercerita kat sini kan..? Malas pun ada..tak de mood pun sama. Tapi boleh lah sikit2..
Ok..hari nie dan esok akan berlangsungnya Streamyx activation workshop @ Equotarial Bangi. Emm..me and team seperti biasa..secretariat lah..itu kira penyumbang terbesar tu dalam workshop tu..bukannya org2 yang berworkshop tu..huhu..coz, kalau kami tak buat kerja cam ne nak jadi workshop kan..? mesti sokong punya statement aku nie.
So, kami menginap di sana utk 2 malam. Aku 1 malam je lah..

kat sana, jumpa juga lah my Ex-GM..AGMs..dan geng2 RNO yang lain. Paling best posing lah. tu memang moment yang kita tak leh lupa lah..setiap kali ada majlis2 kebesaran sebegini, mesti cameraman yang paling di perlukan..siapa lagi kalau tak Awie!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker