Friday, October 31, 2008

Dikir Barat

hai..penat sungguh dengar nyanyian dikir barat dari Csha. Everyday kat tadika tu duk buat rehersal bagi konvokesyen budak2 6 thn. Csha kira terlibat untuk perform dikir tu..leader lak tu.. apa yang jadi pun tak tau..anyway, ibu pun bersemangat juga nak melihat anak perform kan. At least she try very hard to do it. Jenuh duk menghafal lagu..mana plak nak menghafal intro..step lagi..so, anyway..we will see your presentation on this Sunday, somewhere at Shah Alam (yet to be confirm).

Semalam plak..tengah2 syok melayan Kekasihku Seru, tup2 Csha suruh ayah dia tengok dalam telinga dia..rupa2nya dia masukkan gabus kecil berbentuk bulat, betul2 dalam telinga dan tak leh nak kuarkan..apa lagi panik lah i...tak pernah2 buat gitu..kami pun rushing g klinik. Apa lg..Hospital Pakar An-Nur lah. Nasib baik benda tu tak tertolak masuk dalam lagi..so, doctor pun guna jarum untuk kuarkan benda tu..memang tak apa2..tapi tu lah bila itu bukan bidang kita, jadi kita takut kalau2 tak leh kuar..so mcm2 yang ada dalam fikiran ni..
Lepas tu..kena marah lah sikit. Bukan apa..nanti kalau tak tegur langsung takut gak dia buat lagi. Biar dia ingat sikit cam ne gabranya ibu dia..dia pun sama gak..takut juga..csha..csha..

Untukmu..Alya Batrisyia

Alya Batrisyia bt Mohd Bahari

21 Julai 2003..
Saat itu aku hanya ada gementar dan bangga
Melihat keagunggan tuhan yang tidak ternilai
Yang akan memberi segala keindahan dalam hidup ini

Lantas aku merasai lengkapnya hidup ini
Sebagai perempuan, isteri dan ibu
Cuma..aku perlu membentuk anugerah ini
Agar dirimu mulia..akhlakmu terbina..

Alya Batrisyia,
Bersamamu, ibu mengharapkan perjalanan hidup kami akan ceria selamanya..
Bersamamu jua, ibu mengharapkan kesejahteraan dan rezeki yang berlimpahan..

Waktu kecilmu..
Tangisan adalah kerinduan
Suaramu ibarat melodi cinta kami
Rengekan ingin disusui umpama desiran manja menyapa..

Lantas..kau membesar di hadapan kami
Dan tanpa ku sedari..
Kau alunkan ungkapan ”ibu dan ayah”
Lalu ia menyentuh hati yang sedang menyelimutmu dengan kasih sayang

Alya Batrisyia..
Ibu gambarkan dirimu sebagai puteri yang sangat cantik..
Sungguh indah, seindah namamu..
Ibu tahu, ayah juga telah lukiskan wajahmu dalam hatinya..
Sebagai tanda jiwanya dan jiwamu bersatu..

Ibu juga gambarkan dirimu umpama sinar yang menerangi
Siang dan malam kami..
Agar bercahaya selamanya..
Dan ibu tahu, ayah juga genggam erat jemarimu
Sebagai tanda kasih dan cintanya padamu..
Walaupun tiada ungkapan dibibirnya..

Alya Batrisyia..
Ketika ibu dan ayah merinduimu
Kau alunkan nyayian kesukaanmu
Bersama nada yang kau ungkapkan
Indah sekali..


Alya Batrisyia
Walaupun suara ibu dan ayah pernah menyentapmu
Walaupun suara ini pernah mengejutkanmu..
Namun itu adalah untuk bekalanmu kelak..
Agar kau menjadi yang teristimewa..
Yang membawa seluruh kebaikan bersamamu
juga kejujuran seluas langit biru
diikat erat lautan kasih sayang...


Alya Batrisyia
Kaulah harapan dan impian kami..
Membawa segala janji..
Sempurnakan tuntutan hidup kami..
Ibu dan ayah akan sentiasa memiliki dirimu..
Sehingga akhir hayat kami..


Kelak..
Kau akan dewasa
Jadilah wanita yang sempurna
Ibu dan ayah akan sentiasa bahagia
Melihatmu berwajah mulia..

Ingatlah sayang..
Bahawa malam kami sentiasa bercahaya
Dan siang kami sentiasa cerah..
Bila kau ada..

Dan malam kami akan gelita..
Pasti jua ribut menjengah dengan tiba-tiba
Apabila dirimu jauh dimata...

Terima kasih yang ESA..
Berikan kami zuriat ini..Agar kami mengenali hidup dengan lebih bermakna..

Kenangan di hari perkahwinan Mas & Zul


bersama pengantin baru yang selamat menjalani kehidupan berumahtangga pada bulan Ogos yang lalu. Nie kira cubaan Mas dalam edit gambo nie

Akhirnya..dapat juga beraya ngan Emi..

Malam semalam, dapat juga kami beraya umah Emi & Fitri di Putrajaya. Last kot coz nanti mereka tu nak pindah. Selamat menjejakkan kaki ke rumah baru...Thanks Mi..coz sempat juga menyediakan sotong goreng tepung, ikan goreng tepung dan mee goreng special edition tu ye..
dan yang paling best..air tea o wangi..bukan senang nak jumpa kat KL nie.
Tapi yang best tu, alida dah sampai dulu dah..siap jadi tukang masak lak tu...go..girl..

Monday, October 27, 2008

Majlis Hari Raya Network Operation Central Region


Majlis Hari Raya Aidilfitri bagi Network Operation Central Region (NOCR) telah diadakan pada 24 October 2008 di perkarangan Bangunan TM Bukit Petaling. Kira ramai juga lah yang hadir ke majlis ini. Yang menariknya pada majlis ini, kami dapat melihat bos2 kami memakai baju melayu..lengkap lak tu. Bukan senang nak tengok ketampanan dan kehenseman masing2 tu...
Pada majlis tu juga, ada beberapa kawan2 kita yang mendapat anugerah pekerja terbaik daripada bos2 mereka. Tahniah untuk Kak Nab, Ina dan Shukri. Kira diorang kena kuat kerja lagi nie...pada yang tak dapat tu bukan bermakna tak terbaik...cuma belum waktunya lagi..hi..hi..
Kita pun tak sangka juga, VIP kita akan menghadiri majlis ini. Ye lah..diorang mesti dah ada majlis yang nak di hadiri kan..yang paling comel sapa lagi bos lama kita lah..

Sunday, October 26, 2008

Ini lah Upin dan Ipin


ini Ipin...

Monday, October 20, 2008

Upin & Ipin..milik Csha

Sejak hari jumaat yang lepas, csha dah ada teman baru. Upin dan Ipin namanya. Wah..bukan main lagi anak gue nie..asyik memantau je Upin dan Ipin tu. Kita pun tak pasal2 duk menjaganya sekali. Bangun pagi je..tengok Upin dan Ipin...tiba petang je Upin dan Ipin...
Tapi tak pe at least ada gak kawan dia nak main...

Sunday, October 19, 2008

Kain Pelikat..

Pagi tadi, bila aku menyusun semula kain2 pelikat di dalam almari..aku ternampak sehelai pelikat yang sudah lama tidak ku genggam erat. Kain pelikat yang berwarna oren coklat itu sudah ku sembunyikan dari pandangan mata. Bila ia di depan mata, rasanya hanya Allah yang tahu betapa aku rindu pada arwah ayahku. Sukarnya hati untuk melenyapkan beban rindu dan sarat kenangan ini dari hidup aku. Sebab..aku tak ingin rindu dan kenangan itu hilang.

Bermulanya kenangan itu...

Satu hari, aku di khabarkan yang insan teristimewa ini sakit. Pada 25hb Ogos 2006, aku bersama suami dan kakak2 ku bergegas pulang ke kampung. Dalam hati masing2 mungkin ada sedikit rasa berdebar kerana semua orang tidak tahu apa yang terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sampai je kami ke kampung, ku lihat arwah ayah duduk di kerusi dan mengerang sakit. Rupa2nya, arwah tidak boleh menoleh pada kami..malah apabila menggerakkan kepalanya, kesakitan akan terasa. Arwah hanya boleh menjeling bila kami disisi. Melihat kesakitannya, kami menangis. Rasanya..ingin kami kongsi kesakitan itu. Kerana tidak mampu menahan rasa akan kehilangan arwah, adik bongsu ku menjadi lemah hampir pengsan. Bila aku bertanya pada adik, adik ku mengatakan bahawa dia telah bermimpi yang ayah ku meninggal..lalu bila dia melihat keadaan ayah yang sakit, dia berasa seolah2 dia akan kehilangan ayah.

Pada saat ayah duduk di kerusi itu juga, dia meminta tangan kami adik beradik..tangan ku diminta untuk digenggam dan dibawa ke dadanya. Lalu perkataan yang keluar dari bibir yang bergetar itu adalah.."adik, Chek minta maaf dik..chek sakit.."

Siapa yang mampu menahan tangis kala itu? Hati anak mana yang tak luluh saat itu? Aku makin tersentuh bila jemari csha juga digenggam erat di dadanya. Csha masih mengingatinya dan tadi bila ku tanya pada csha apa yang arwah ucapkan padanya, lantas csha katakan pada ku "ini cucu chek nie.."

Malam itu juga kami menghantar arwah ke hospital kerana sakitnya masih belum hilang. Arwah telah dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.

Esoknya, pada 26hb Ogos 2006, adalah hari jadi ku. Lalu aku bisikkan pada arwah. Dia kata dia tahu..dia tahu hari tu hari jadi ku...namun keadaan berbeza kerana arwah sedang sakit dan bagiku hari jadi itu tidak bermakna. Yang penting waktu itu adalah kesihatannya pulih. Di Hospital, ramailah saudar mara datang menziarahinya.

Masa berlalu juga..aku tidak boleh tunggu lama di sana. Bukan kerana tidak ada cuti tetapi aku perlu menyiapkan perbentangan untuk study ku. Beratnya rasa hati aku...saat aku minta diri untuk pulang, dimana tangannya aku cium dan pipinya pun ku cium, saat itu hanya berserah pada yang ESA untuk tentukan perjalanan hidupnya dan hidupku. Itu lah saat yang terakhir aku melihat wajahnya.

Aku masih di Kuala Lumpur. Meneruskan hidup di sini tanpa jiwa. Hanya ada tubuh yang mampu bertahan sedangkan jiwaku berada bersama arwah yang masih di Hospital. Teringat juga aku pada malam sambutan merdeka tahun tu..beberapa hari sebelum tu, ayah sudah keluar dari Hospital. Malam 31hb Ogos tu, aku mengadakan sedikit jamuan untuk birthday csha yang tertangguh. Pada malam itu juga, kakak ku menelefon meminta aku top up kredit phonenya. Dia kata, dia akan balik ke Kuala Lumpur. Dia pun dah bertanya pada arwah dan arwah benarkan. Malam tu juga aku bercakap dengan arwah melalui telefon. Arwah mengatakan yang dia sakit..dan jangan ingat dia. Aku cakap mana boleh tak ingat dia..selalu ingat dia..hari-hari ingat dia. Dan kata2 nya yang paling aku ingat adalah supaya aku belajar bersungguh-sungguh. Sepanjang aku menyambung pengajian, tak pernah sekali pun ayahku mengucapkan kata2 semangat. Tapi kata2 keramat itu aku sematkan dalam hati sehingga selesai pengajianku. Itulah perbualan terakhirku dengan arwah yang selalu terngiang2 di telinga ini.

Pada 1 September 2006, aku bekerja seperti biasa. Namun, aku asyik memandang telefon dan ingin menelefon kampung tetapi aku masih tak menelefon. Entah lah...dalam jam 10pg..aku membuat panggilan ke kampung. Tetapi aku diberitahu yang ayah telah dikejarkan ke Hospital pada awal pagi kerana sakitnya makin tenat. Kakak ku mengatakan yang dia pun tak teringat untuk maklumkan pada aku. Lalu, ku minta izin suami untuk pulang dulu menaiki kapal terbang. Tiket sudah ku tempah dan hanya berbekalkan pakaian kerja itu, aku akan terus ke KLIA untuk balik kampung. Yang ku tahu ketika itu, aku nak balik..aku nak berada di sisi arwah..aku nak tatap wajah terakhir arwah..aku nak ciumnya sepuas2..aku nak peluk dia..aku nak dia..aku nak dia..aku nak dia..!!!! ..Di saat hati tak keruan itu, suami ku mengajak kami pulang dengan kereta. Lalu pada jam 2 lebih aku bertolak dari KL ke TRG. Cuba bayangkan lamanya perjalanan itu. Kami melalui Jerangau Jabur untuk sampai ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, aku hanya bertemankan emosi dan bermacam2 perasaan yang ada. Kakak2 ku menelefon bertanya lokasi kami. Aku pula bertanya keadaan ayah ku..

Akhirnya aku terima juga satu panggilan dari kakak ku yang berada di KL. Bertanya lokasi kami lagi..sedangkan baru beberapa minit je bertanya kat mana kami. Aku mula curiga..aku cakap, bagitahulah kenapa..kenapa..? Tapi dia kata dia nak cakap dengan suamiku. Aku dah dapat agak. Ini mesti berita buruk. Benar..berita yang ngeri ku terima ayah ku telah tiada. Di waktu itu aku hanya menangis dan beristigfar kpd Allah yang memberi dugaan hebat ini.

Setibanya kami di kampung..aku sudah dapat melihat ramai orang telah berkumpul di halaman rumah. Tetapi yang menghibakan aku adalah kereta jenazah yang membawa arwah berada di selang beberapa kereta dihadapan kereta ku. Aku sampai di rumah bersama2 dengan jenazah ayahku. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain menghadiahkan yassin dan al fatihah padanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di letakkan dikalangan orang beriman.

Aku terus membaca yassin ditepi jenazahnya. Sepanjang malam mata ku tak lelap. Sehingga esoknya mataku tidak berapa nampak. Mata ku sakit kerana terlalu banyak menangis. Saat yang aku paling tak lupa adalah kucupan terakhir ku pada arwah selepas arwah dikapankan. Waktu itu, aku cuba menahan tangis. Aku kucup pipi, dahi dan dagu arwah..dan ada air jernih mengalir di tepi bibirnya. Csha pun sama..mengucup wajah arwah yang sehingga kini masih diingatinya.

Sayunya hati ini melihat wajah sejuk kakunya. Hanya tuhan yang tahu....
Akhirnya Jenazah selamat di kebumikan pada jam 11 pagi dengan lancar tanpa apa2 halangan.
Kini, segalanya dalam kenangan. Terlalu banyak cerita yang aku dengar sewaktu arwah sakit di kampung. Di saat2 terakhirnya juga, sempat dia bertanyakan di mana 2 lagi anak nya..aku dan kakak ku yang berada di Kuala Lumpur. Apakah perasaan anak ini bila mendengar pertanyaan itu sedangkan jarak dan masa yang menjadi penghalangnya..? Sedih..terkilan..sangat2 terkilan..itu lah yang boleh dinyatakan..dilafazkan dari bibir ini..tetapi hati bagaikan marah pada diri sendiri...
Tetapi, aku bersyukur juga kerana sebenarnya Allah itu menguji hambanya di saat kita sebenarnya telah bersedia untuk menerima dugaan itu. Lantas, aku berterima kasih kepada suami yang tersayang kerana mampu menguruskan segala hal berkaitan dengan jenazah sehingga arwah di masukkan ke liang lahad.
Dan aku..hanyalah anak yang masih mengharap putaran waktu walaupun aku tahu itu tidak akan berlaku...
Maka, aku redha atas pemergiannya.
Di sini, aku titipkan ucapan terima kasih yang teramat sangat kepada kakak, adik dan semua yang sanggup menjaga sewaktu sakitnya..dan ibuku yang tetap menjadi pendamping setia ke akhir hayat arwah...kuat sungguh hati mu waktu itu, menerima kehilangan orang yang paling kau sayang dari sisimu..
Dan, sehelai pelikat yang pernah menjadi milik arwah kini dalam jagaanku..tidak ku benarkan sesiapa pun memakainya kerana itu lah satu2nya miliknya yang masih kekal bersama selain kenangan..
Semoga rohmu akan bersemadi dengan aman..dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

Saturday, October 18, 2008

Birthday Adam & Miera


Tadi jam 12 tghari, kami dah sampai umah Alida. Thanks Da atas invitation open house merangkap birthday Adam dan Miera. tengok je lah birthday girl and boy nie..bukan main lagi. Sikit punya payah nak snap foto dia nie..Dah berisi dah adam tu..miera lak suka ketawa. Bercakap je ketawa..bukak mulut dia je ketawa..ketawa je lah..awek muda yang masih muda. Baru 3 tahun Miera tu..



Csha pun tak terlepas peluang nak bergambar. Biasa lah..ibunya yang jadi photographer..so kena lah anaknya exposekan diri. Nie bukan apa, hari raya hari tu tak sempat jumpa ngan alida sekeluarga. Semuanya rushing2 nak ke sana dan ke sini. At last, terpaksa jumpa kat KL. Tu lah kita kan..bila dah semua bekerluarga, semuanya dengan agenda sendiri. Dah ada 2 family dan semuanya memerlukan tuntutan yang sangat besar daripada kita dan pasangan kita. Bila tengok gambar birthday party 2 berdaik nie..sayu hati mengenangkan csha. Dia selalu sorang2..tak de kawan lak tu kat umah. Minta2 ngan tuhan, makbulkan lah permintaan kami untuk tambah anak lagi..jeles gak tengok org dah beranak pinak nie..hi..hi..

Tapi yang paling penting, yang perlu kami terapkan dalam diri anak2 nie adalah hubungan persahabatan ini tak akan putus sampai bila-bila.
Nie ha..gambar Csha dengan Adam dan Miera.
Seronok tu..Lauk pauk bukan main banyak. Siap nasi minyak kot..nasi hujan panas, nasi impit, keropok lekor pun ada...tu yang i like tu..


Jamuan Raya Csha

Nie lah a few gambar yang berjaya dirakam coz hr tu tak bw kamera. Tapi disebabkan csha nak bergambar ngan kawan2 dia, maka ku turut kan jua dengan hp lah... Seronok bebenor lah pun bila tengok gaya posing dan dia ngan kawan2 nya nie.


Alia, Farhana,Pija, Csha & Elni.
Duduk baju biru kat belakang tu Naim.
Yang depan nie Amar,Azim dan Duha..
Naim, Nurul Alia, Duha, Csha & Azim


Csha & fatin dan Pija...

Fatin,Csha,Pija & Elni

Naim,Nurul Alia, Duha,Csha,Alia Irdina & Azim

Nie lah antara kawan-kawannya. Ramai lagi tapi tak terkejar lah mereka tu. Untuk tema raya nie diorang kena pakai baju raya lah. Ada lah juga yang tak pakai pun. Teman tapi mesra csha tak pakai. Siapa lagi kalau tak Syamil. Gambar Syamil tak de. Syamil malu nak amik gambar ngan Csha. Itu lah kawan dia pun yang paling havoc kot..Teacher Umi kata, ke hulu dan ke hilir pun berdua. Hilang sorang, tak perlu susah2 nak cari..ha..cari lagi sorang tu..mesti ada kat situ lah yang hilang tu..







Friday, October 17, 2008

Aktiviti ku..

Udah 3 hari kita g opis sendiri. Tak best langsung. Sebab apa tak best..? Sebab bila kita masuk kete, kita tak dapat nak membebel..asyik2 csha yang bebel..ibu jadi pendengarnya. Ayie nie masih kat Motor GP..jangan berlumba dah ler..

15hb syawal hari tu, ada jamuan raya kat tadika csha..TM Dynamic Kids. Punyalah ramai parents datang..kita tiba lewat sikit. kesian gak kalau tak pergi. mesti dia tercari2 kat mana ibu dia. Org lain ada ibu ngan ayah. Tu yang pergi juga tu. Makanan..banyak. Kami bawa pot luck. Top up yang mana sedia ada.

Monday, October 13, 2008

Selamat Pagi

Assalamualaikum..

Selamat pagi pada diri ku sendiri kerana pagi ini masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Hr nie nak mula kerja. Bosannya rasa..blum masuk opis pun dah tahu dah..apa nak buat nie. Esok dan lusa, ISO audit lak. File tak abis update lagi nie. Apa lah nak di jawab ngan auditor tu gamaknya ye..


Nie dah start dah nie open2 house..open2 door dan kalau boleh segala open lah sempena hari raya nie. Kita tak de lah buat open housenya. Sesiapa yang datang tu di alukan. Hari sabtu hari tu dapatlah kami berkumpul di umah i nie..yang lama tak jumpa dengan yang selalu jumpa. Yani, Zira dan Farah berserta keluarganya...next week kita serang umah yanie lak.


Semalam, kami beraya di Ulu Yam Baru. Geng2 business my hubby lah. Boleh lah tahan keseronokan tu. Tapi kalau member i lagi seronok. Perbincangan..? Tak de topik lain..business ler..Pas tu dah alang2 kami ke area sana, kami pun menziarahi kakak ipar ku..di KKB. Dah hampir setahun tak jumpa. Dah besar dah anak2 nya..

Saturday, October 11, 2008

Semoga ikatan ini berkekalan selamanya


Semoga kasih sayang kita berkekalan ke akhirnya..insyaallah. Terima kasih kerana mencintai, menyayangi, dan menerima seadanya.

Bulan Madu di Awan Biru..

bersama suami tersayang..

"Sepanjang perjalanan ini..menempuh destinasi..berbagai lebuhraya dilalui.."..
Maka dengan itu, destinasi kami adalah Swiss Garden Resort Kuantan. Kononnya nak elak jam time balik raya. Tapi dalam hati..e..seronoknya aku dapat bercuti..itu yg sebenarnya..
So, hari isnin kami bertolak ke kuantan dan sempat plak singgah makan nasi umah Noor + Zul Akil di Dungun. Sedap plak tu..time kasih tuan umah ye..
Kami check in dlm jam 3.30 lebih lah..then pi tempat biasa lah..Tanjung Lumpur. Tapi musim raya nie blm byk kedai yg buka. Yg ada pun harapkan mahal je yg lebih..kurang mengancam lah masakannya..wah..sodap den mengomel nie..makan kenyang juga..


dengan cahayamata ku yang sorang..

Friday, October 10, 2008

Raya di Terengganu

Ku sambung balik cerita raya di Terengganu. Beraya bersama bonda ku yang tidak berapa sihat. Ye lah macam2 sakitnya. Yang lain2 tu sepupu sepapat yang selalu exposekan diri mereka lah..
Dapat lah juga beraya dengan kawan2 lain yang dah lama tak jumpa. Sofiah and Alang datang umah. Br dapat tengok adam..anak alang. Lupa plak tu nak snap gambar.

Raya ke-4 pergi umah kawan lama. Ya Allah besar nya rumah dia...ye lah sekarang dah jadi tauke restoran. So, kalau sesiapa pegi Terengganu, singgah le ke restoran Telanai Seafood. Kepada kawan2 sekolah lama tu..sebelah tu je restorannya pun..itu lah dia Norliana dan Yusof.
nie kira promote nie..kena minta komisen nie..

Raya ke-5, kami pergi rumah shahrul dan umah Kak E. Dapat menziarah mak shahrul yang tak berapa sihat. tapi still nampak lawa...Kak E pulak, dah besar anak dia..katanya sambung belajar kat HSNZ. Tu lah, tak ramai sangat dapat jumpa. tengok lah next year buat reunion balik lah..dah lama tak buat reunion nie.


Gambar Raya di kampung ku
dari kiri berdiri- su ja, naimah, i.., along
duduk tu pulak - dyla, bonda, csha, anum dan che da..


nie umah kak ani. Bersama anak sepupu yang balik dari Sabak Bernam


Sepupu rapat nie..skrg kat penang..


Mak datin ngan dyla..control lawa le tu..


Singgah Raya 2008

Zura dgn anaknya Nabil..



Farah dan zura bersama anak2nya..tak lupa csha lah


bestfriend ku..chef yang glamour di hari raya..untung mak mertua hang..


sibuk posing..


Alamak..kobis dah merajuk lah pulak..tak masuk kan citer raya kat umah dia. Ha..nie aku cerita nie..Raya pertama pegi umah dia. Mulanya nak pg skali ngan farah. Nampaknya Farah ngan Adyra byk betul sedara maranya. So kami je lah...
perjalanan ke umah kobis nie mudah aje pada mulanya. Tapi yang kami confuse tu sebab signboard tu kejap "Chetok" kejap "Chekok". So, ingat kan dah terlepas dah jalannya..rupanya satu kawasan. Besar juga kampung tu ye..
Dah masuk simpang tu plak..kami terlepas umahnya. Siap tuan umah kena tunggu di tepi jalan tu. Tapi akhirnya kami sampai juga umah dia. Next time boleh pergi lagi. Zira dengan baju raya yang menawan lak tu..chef ke..?

Patutnya Raya Ke2 awal pagi dah balik trg..Farah pulak menjemput untuk majlis cukur jambul ashman. Mengada2 je si Farah nie..dah delay perjalanan ku ke kampung halaman..nie yang marah nie..nasib baik memang dah jadi tradisi aku g umah dia nie.. at last..dapat jumpa zura..
Selepas tu br lah kami bertolak ke Terengganu Darul Iman...







kek coklat sempena raya

Aidilfitri yang mulia...2008

Berhari raya di Salor, Pasir Mas. First time pakai merah..rasa membara je..sesuai dengan kehangatan cahaya matahari..panasssss...




Langkah permulaan

Assalamualaikum.
Walaupun tak berapa pandai dalam IT, i try juga menghidupkan blog nie. Jeles tengok ramai kawan2 ada blog. Nie dah ada terlebih masa nie boleh lah layan blog plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker