Saturday, November 27, 2010

Convocation Kak Li




Tahniah utk Kak Li (adik ipar i) yang dah menamatkan pengajian di IMR dengan jayanya. Now pun dia dah keje kat IMR juga. So, kita kongsi memori tu di sini yer..

Bacathon SKKP












Bacathon Sekolah Kebangsaan Kantan Permai. "Dikir barat anak tupai" telah dipersembahankan oleh murid2 1 Cerdik.

Nilai sekeping gambar

dari kiri belakang: Azma, Azizamani, Azmin,Azyah
dari kiri depan: Muda, Azffadyla, Azilawaty,Eshah. Dalam gambar ni adik kita belum ada tapi dia tetap istimewa..iaitu Azffalyza.

alfatihah untuk arwah ayah kita, Muda bin Hamat, kakak2 kita iaitu, Azizah bt Muda (meninggal ketika usia 23hari) dan Azmaydah bt Muda (berusia 5 thn)


Sekeping gambar lama yang meninggalkan seribu tanda tanya. Pertanyaan tentang kehidupan masa lalu, pertanyaan tentang rindu yang sering bertamu. Gambar lama yang sepi ini adalah satu memori yang pasti akan ditatap berulang kali.

Birthday Alya Batrisyia








Minggu last sebelum puasa, kami mengadakan birthday party utk Alya Batrisyia yang telah berumur 7 tahun pada bulan July tempohari. So, dia very exited to invite her friends. Of course lah kan coz skrg dah standard 1. Ada kawan2..
Anyway..happy birthday my girl!!

Friday, November 26, 2010

Majlis Pertunangan Ja





Gambar2 sekitar majlis pertunangan Ja pada 19/3/2010.

Majlis perpisahan Izul & Nik, Suprise birthday Awie!!!

Geng2 opis

Birthday Boy..Awie!!!

Majlis perpisahan untuk Izul & Nik Azman. Selain tu, kami buat suprise utk Ruslan AKA Awie!!! Makan2 telah di adakan di PJ Hilton. Sayangnya ada juga staff CS yang tidak dapat menghadirkan diri kerana tugas2 yang tidakdapat dielakkan.

Detail Scan

Detail Scan Baby yang masa tu berusia 22 minggu. Doc nak check dia punya struktur tulang dan perkembangannya. Kami hanya berdoa agar dia dilahirkan sempurna sifat dan sihat tubuh badan.

Makan2 Sebelum Puasa



























Thursday, November 25, 2010

Hepi Birthday Haza & Nasir









Birthday rakan2 opis yang di sponsor oleh Bos2 masing2..Planning baik punya. Kek sponsored by Naza & Kak Ziana coz Nasir ngan Haza anak buah deme kan..Hepi birthday yer..dah tua kena wat cara tua...

Congrat To Yana


Congrats to Yana..anak sedara i lah coz dah konvo hari tu kan..walaupun mak ayah dia tak dapat menghadirkan diri disebabkan keadaan ayah yang uzur, tapi kak longnya sudi juga meluangkan masa menemani adik dia konvo. Anyway, sekarang dah sambung master balik dah kan..so, buat betul2..belajar rajin2 coz kita dari keluarga susah. Bukan senang nak dapat apa yang kita idam. Gunakan masa yang ada sebaik2nya untuk bantu keluaraga yer..

My Birthday

Lagi sekali birthday i jatuhnya dalam bulan puasa. So, kita pergi buka puasa je lah kat PICC. Bukan main lagi makanny. Tapi lepas tu siap muntah2 lagi..rugi je kan? Tapi nak buat cam ner..kita yang cari pasal..makan melebihi had muatan..
Anyway, tq to Ayie & Alya yer..

Ramadhan

Cerita yang pertama setelah berkurun lama adalah cerita Ramadhan. Alhamdulillah..selamat juga menjalani ibadah ni dengan kandungan yang masa tu berusia 6 bulan lebih. Tapi biasalah semua ibu2 yang pregnant time2 cam gini mesti merasai kepenatan. Kita penat juga coz pagi2 masih seperti biasa bangun untuk menyediakan sahur..tambah pula Alya sekolah kan..

Yang best tu, dapat juga Alya berpuasa dengan jayanya walaupun ponteng 2 hari. Kuat juga semangat anak dara i ni. Bila tengok badan, macam tak mampu je..slim jer tapi alhamdulillah..
So, try harder for next year ye Alya...!!

Puasa tahun ni, sempat juga Ayah mertua kita datang sini. Datang menziarah orang sakit tapi sempat ler berbuka puasa ngan kami sekeluarga.

Mak, adik, kakak, sepupu kita pun datang juga puasa ngan kita kali ni. So, meriah lah juga puasa bersama insan2 yang tersayang. Nasib baik diri kita masih gagah menyediakan juadah2 berbuka.

Bila semua dah balik kampung..terasa sunyi pulak umah coz hanya tinggal kami bertiga saja..

Bulan puasa ni, banyak lah jemputan berbuka puasa. Kita ikut Ayie je lah. Tapi tak banyak pergi pun. Yang mana dia pergi je kita follow. Alya suka sangat kat The Garden Mid Valley.
Kita paling suka makan kat Ikan bakar je lah..tak pun Rosdet Kampung Baru. Tu lah selera kita..

Bertemu lagi

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya tak update blog i nie. Tak de mood pulak nak menulis sesuatu untuk tatapan sendiri dan juga kawan yang sudi membacanya. Agaknya mengandung kali ni lain sikit kot atau pun memang i yang malas nak menulis.

Hari ni lak tetiba datang rasa nak menulis semua agenda2 yang telah i lalui sehingga ke saat ini. Maka bermulalah intisari rancangan untuk tatapan kalian..

So, layanzzzzz...jangan sampai tertido pulak yer..

Thursday, July 29, 2010

5 Month Pregnant

Friday, July 16, 2010

4 Month Pregnant

"Hidup tak semudah yang kita sangka"

Menjalani hari2 yang berlalu adalah pengalaman yang tak mungkin kita akan dapat ulangi. Walaupun sukar, tapi kita tetap menikmati malam yang kelam. Berfikir..adakah kita telah buat yang terbaik? Adakah langkah kita telah sempurna..? Bila bertemu jawapan, kadang2 jawapan itu membuatkan hati tenang..namun, apa kurangnya jawapan dengan sesalan. Aku juga manusia..sebagai mana kalian. melalui hari2 yang lalu dengan harapan dan impian untuk membentuk diri sendiri..suami...anak dan keluarga dengan sebaik2nya. Ku mohon agar Allah memberikan kewarasan dalam setiap tindakan yang bakal aku lakukan. Memang benarlah orang berkata.." Hidup tak semudah yang kita sangka"...

Monday, June 7, 2010

Kak Nah Abg Din..



Story Created by Lan..tu lah orangnya.


Cerita Kak Nah Abg Din...emm..sakit perut kami kat opis bila dengor cerita daripada Lan ni. Bermula cerita dengan kesoh keropok..keropok yang sedap kata Lan di Bachok adalah keropok Abg Din. Memang best!!! Cicoh pulok dengan nyicoh hak Kak Nah buat. Fuh...rasa2 tu memang ngam dah tu. Abd Din ngan kak Nah ni laki bini. Wehi gura pulok tu..hari2 keje gura je lah. Lan kata ye wehi gura sapa anok ye ada 15 orang..dok tahu lah Lan nawok ke dok...
Tapi, satu hari tu, Lan kata...nak belik kepok ni lah..dengan secara dok sengaja dan dalam keadaan gura2 senda tu..jatuh lah sesuatu dalam bekah nyicoh kak Nah tu. hak jatuh tu pulok memang kalu kita tengok keadaan tu memang dok lalu dah lah nak beli kepok situ..mende yang jatuh..???? Yang jatuh secara dok sengaja tu adalah gigi palsu Kak Nah.. Jadi Lan kata..lening ye beli lagi kepok Abg Din, tapi nyicoh kak Nah tu ye dok ambik ah..buleh ye royak.." dak pe kak Nah, kita sedap makan kepok sajo lening..." padahal jaga hati Kak Nah. Jadi, cerita Kak Nah Abg Din ni menjadai fenomena di opis aku tu. So, yang memang tahu kisah ni memang senyum sorang lah. Kata Lan, banyok lagi cite nok royak tapi aku dok wi ye cite sebab dok cekak nak ngalir airmata doh..sukaan sangat!!!!
AWIE!!!!!!!







School Break.

Dah start dah cuti sekolah untuk pertengahan tahun ni. Rupa2nya dah 6 bulan Alya melangkah ke alam persekolahan. Masih memiliki semangat yang sama seperti hari pertama melangkah ke tempat menimba ilmu itu, rasanya biarlah ia kekal bersemangat hingga ke akhirnya. Selepas menduduki exam pertengahan tahun yang berakhir pada 4hb lepas, seronoknya bukan main coz dapat bercuti dan yang lebih penting bagi Alya adalah balik kampung. Lain rasanya bila balik kampung di musim cuti sekolah dengan membawa anak yang bersekolah ni dengan dulu2..aku balik hanya untuk sama2 sibukkan jalan raya. Seronok tengok Alya menghitung kilometer untuk perjalanan ke Kota Bahru..dan semalam masih menghitung kilometer bertolak ke Terengganu. Mestilah happy coz dah tahu siapa yang sedang menunggu dan apa aktivitinya...emmm..asalkan Alya happy..ibu ngan ayah pun happy...!!!!

Friday, April 23, 2010

Sunday, April 18, 2010

Majlis Akikah & Cukur Jambul Anak Hana

Tengahari tadi aku ngan Csha pergi umah Hana. Ada majlis akikah dan Cukur Jambul anak sulong Hana. Baby Boy. Seronok atuk ngan neneknya..jaga cucu lah pulak!! Ramai orang umah Hana..ini macam nak mengalahkan majlis kawin hana ni..hehe.. So, kat situ, jumpa lah Itah..salleh & Family and Ija & Wan. Yang lain tak de kot. Anyway, congrats Hana!!! Jaga elok2 and ko pun elok2 tau...
Tq for inviting us!!

Birthday Iman..anak Emi

Sorry Emi coz aku tak dapat nak menghadirkan diri kat umah ko mlm tadi. Tapi aku tepon ko kan bagi tau nape..so, next time aku jumpa Iman yer..semoga dia sihat..makin chubby..comey dan semua yang indah2 je milik dia...Hepi birthday Iman!!!

Bila lah nak siap???...emm

Bila lah umah aku nak siap renovate ni..harap2nya by the end of this month dah settle everything kot. Tak larat menengok barang2 duk cam gitu jer..habuk2 tak yah cite ler..memang sentiasa kena mop lah nampaknya. nak rumah cantik..ini lah yang kena lalui. tapi tak pe..kita buat je mana yang termampu yer..sian hubby i..dah le hari minggu kena tunggu umah..orang wat keje2 tu ada kan. so, weekend memang full day @ home ler. Emmm..anggap je tu nice weekend jan..? layanz...

Thursday, April 15, 2010

Pregnant!!!

Hari nie, memang hepi sesangat coz, dapat tahu yang aku pregnant. Akhirnya penantian selama 7 tahun akhirnya dibalas dengan kegembiraan.
Paling hepi adalah Csha. Banyak betul kata2 dia yang membuatkan aku mengalirkan air mata bersyukur pada Allah s.w.t kerana ini adalah kurniaannya yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Sekarang, Csha cakap..dia dah ada adik beradik..dan doa dia selama ini jadi kenyataan. she was happy for me..and tq juga utk Ayie coz selama tempoh berikhtiar tu, tak pernah sekali pun mengungkit pasal anak. Tqvm..and now, seluruh famili happy..keluarga aku, keluarga mertua..sepupu2, kawan2 yang dah lama menunggu berita pun sama2 berkongsi kegembiraan.

Apa2 pun, aku tetap berterima kasih pada mu Allah..walaupun aku banyak melakukan kesilapan namun kau tetap juga memberikan secebis ihsan. Dan, amanah ini akan ku jaga sebaik2nya kerana dia adalah kurnian dari mu..

Semoga aku sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..dan semoga baby sihat dan sempurna sifat. Amin..

Monday, April 12, 2010

Teaming With Passion..Challenge!!!

lepas balik dr workshop, aku ngan mas, bertapa kat TMTC 2 hari..eh!!lupa lak..abg man sekali..
Dulu TMC dah buat sekali kat Hotel Istana tapi aku tak g..
Best juga kursus tu. mengajar kita perkara2 yang positif..motivate diri sendiri. Kalau lepas nie tak apply dalam kehidupan kita tak guna gak g kursus apa pun kan..
So, challenge!!!

Thursday, April 8, 2010

Streamyx Activation Workshop

Lama sungguh tak bercerita kat sini kan..? Malas pun ada..tak de mood pun sama. Tapi boleh lah sikit2..
Ok..hari nie dan esok akan berlangsungnya Streamyx activation workshop @ Equotarial Bangi. Emm..me and team seperti biasa..secretariat lah..itu kira penyumbang terbesar tu dalam workshop tu..bukannya org2 yang berworkshop tu..huhu..coz, kalau kami tak buat kerja cam ne nak jadi workshop kan..? mesti sokong punya statement aku nie.
So, kami menginap di sana utk 2 malam. Aku 1 malam je lah..

kat sana, jumpa juga lah my Ex-GM..AGMs..dan geng2 RNO yang lain. Paling best posing lah. tu memang moment yang kita tak leh lupa lah..setiap kali ada majlis2 kebesaran sebegini, mesti cameraman yang paling di perlukan..siapa lagi kalau tak Awie!!!!!

Friday, February 19, 2010

Farewell Kak Mai










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker