Wednesday, September 9, 2009

Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7




Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-7 untuk diri sendiri dan suami tersayang..Mohd Bahari Makh Hassan. Semoga ikatan ini akan kekal ke akhir hayat kita...


Untuk suami tersayang, dititipkan satu bingkisan...

Terima kasih Allah kerana jodohmu menyatukan 2 hati. Bersyukur kerana 2 hati ini telah berjanji untuk bersama ke akhir hayat..Insyaallah. Terima kasih abang kerana sudi menjadi teman yang paling rapat. Sahabat yang berkongsi suka dan duka. Kawan yang sentiasa ada di sisi bila diperlukan. Terima kasih atas segala kasih sayang dan juga rasa cinta yang menggunung selama 12 tahun perkenalan dan selama 7 tahun hidup bersama..


Terima kasih untuk rasa rindu yang sentiasa menghuni hati kita berdua. Kerana rindu itu yang merapatkan rasa cinta itu..


Sayang doakan semoga abang akan tetap menjadi suami yang terbaik dan menjadi ayah yang terhebat untuk Csha..

Semoga perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya..insyaallah..

Doa2kan agar Allah memberi kita zuriat yang kedua..




4 comments:

Bahari said...

sama-sama. Selamat Ulangtahun juga buat isteriku tersayang.

ardyla said...

Allah dah makbulkan doa mu..tak lama lagi dapat menimang baby ke 2...Seorang lagi ahli keluarga baru akan datang...welcome...welcome...welcome....hehehhehe

Mrs Bahari said...

alhamdulillah..dengan izin Allah. Semoga selamat lahir ke dunia dan dikurniakan zuriat sempurna dan sihat. Amin.

Ummu Auni said...

kurusnya azie masa ni..hehehe...tahniah. sekejap je dah 7!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker