Wednesday, February 4, 2009

Kes Gugur?????...Sampai hati manusia sekarang..

Teringat pada cerita mas tadi..pasal kawan dia yang menggugurkan anak dalam kandungan. Sediah rasanya..sampai aku rasa, aku patut meluahkan dalam blog nie.

Betapa bodohnya manusia sekarang yang tak mengenal untung diberi peluang mengandungkan amanah Allah s.w.t. Sampai hati menggugurkan kandungan itu sedangkan masih ramai yang setia menunggu peluang untuk menimang zuriat sendiri. Manusia sekarang lupa bahawa setiap anak itu adalah rezeki. Setiap kelahiran itu memberi jalan kepada kehidupan yang lebih baik. Walaupun kekadang kita mungkin sukar untuk mencari sesuap nasi, tapi yakin lah bila kita berusaha, maka akan ada rezeki di depan sana.

Tetapi, aku juga tidak tahu, mengapa ada yang sanggup melakukan ini. Jika nyawanya yang menjadi penyebab, alasan itu mungkin boleh diterima. Jika niatnya mahu bersosial dulu, belum bersedia, maka cari lah alasan yang lebih waras. Kerana, Allah menguji ketika kita sudah bersedia menjalankan tanggungjawab itu...

Sayu hati ku....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker