Sunday, April 5, 2009

Jadual Padat

Rasanya..dah lama Ayie tak masuk opis. Mengajar budak2 VADS...baru2 nie sepatutnya kena pegi Penang, tapi tak jadi. Geng opis yang pergi. Mujur juga tak pegi sana. Bukan apa..tup2 hari ahad demam. Isnin dah kena MC. Ada juga hikmah disebalik tak pergi Penang. Aku pun suka dia tak pergi. Dia pun suka juga. Katanya dah malas nak kuar2 outstation nie. Tapi apa yang kita boleh buat kalau itu kerja kita kan..yang penting have fun lah.. Berbalik pada kesibukannya tu. Minggu lepas ngajar lagi. Hari Khamis kena g Sepang untuk F1. Race lah pulak. Aku cuba tanya dia, tak jadi g Sabah ker? hari tu kata, hari ahad ( iaitu hari ni lah) kena g Sabah untuk training kat sana. Tak jadi katanya..suka lagi i...Dia kata kena sambung ngajar lagi kat Sg Way. Ok lah tu!! At least in town..he..he..

Tapi kesian juga. Penat katanya. Patutnya kena pergi bercuti tu.. tapi bila? Jadual semua dah full. This coming week..ayie dah nak sit exam dah. Akhir bulan kata nak g Sarawak pulak. Ntah ler..

Nak g jenguk kawan2 pun tak sempat. macam hari ni dan smlm..tinggal aku ngan Csha jer. mana nak pergi jalan. Kita kalau Ayie tak ikut..malas nak kuar. Tak syok lah..betul tak farah..Mas..dan kak kin...? (Ini kalau diaorg baca lah). Bukan apa..diaorg nie pun kalau husband tak ikut mesti tak syok.

Bulan Mei nie, memang aku dah reserve date lah ngan ayie. Coz ada wedding kat Trg. Sapa lg my sis lah. Tapi tu akhir bulan. Nanti, Mak mertua ngan adik ipar nak datang juga bulan 5 tu. So, boleh lah ayie plan apa yang patut. Biasanya jalan2 je lah kat KL nie. tapi kalau dapat jalan kat Melaka best juga..Pengkalan Balak..hi..hi..

Apa2 pun, kerja kuat tu untuk kita juga kan. So, kena lah paham..sendiri mau ingat. kesian juga sebenarnya. Tapi Ayie selalu kata, biar dia yang kerja kuat. Wife dia jaga anak..jaga rumahtangga. Jangan nanti, bila dah sibuk nak cari duit, rumahtangga dan keluarga ntah ke mana. Aku pun suka juga keadaan tu coz, memang i suka lah jadi surirumah. Seronok apa..anak depan mata..suami pun sama..Harap2 kita akan bahagia dan happy selamanya. Biar bersederhana tapi hati mau gembira sentiasa...

4 comments:

ardyla said...

betul!!! betul!!!! betul!!!!

lyn said...

salam zie

tadi idea bukan maen lagi nak komen, dah lupa lah pulak. takecare ur family

nurul said...

mmg bz sesangat bahari tue..die pun da penat asyik outstation je, xpe utk zie n csha gak kan...untung ape dpt hubby n ayah cam bahari...lot's of kisses to csha sayang...take care zie!!

Mrs Bahari said...

nurul..alhamdulilah..tapi kadang2 dia pun dah malas dah nak g kuar2 nie. aku pun lg suka kalau dia tak kuar..bosan kami nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker