Monday, May 25, 2009

Kenduri makin hampir



Majlis perkahwinan kak Yah akan berlangsung pada 31 Mei 2009. So, anda2 semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Setelah sekian lama menanti saat dan ketika, akhirnya Kak yah akan mendirikan rumahtangganya dengan insan yang disayanginya. Sesungguhnya jodoh Allah taala tetapkan akan tiba apabila sampai waktunya.

Saat ini, bagi aku dan mungkin juga seluruh keluarga, merasakan satu kekosongan yang teramat. Di saat segala kebahagian hampir tiba, saat itu lah aku merindui seseorang yang bergelar bapa. Jika allah panjangkan usia Chek, pasti hari2 yang berlalu ini akan terisi dengan kegembiraan seorang ayah yang mungkin sibuk menguruskan segala hal berkaitan perkahwinan ini sebagaimana perkahwinan aku dahulu.

Chek, adik memang mengingatimu di setiap hembusan nafas ini. Merinduimu hanya tuhan sahaja yang tahu. Adik tahu, pada hari perkahwinan itu, Chek pasti tersenyum kerana setiap ayah mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Ya Allah, peliharailah roh arwah ayahku dan tempatkan dia di kalangan umat nabi Muhammad s.a.w yang beriman. Semoga kau ampunkan segala dosa dan sampaikan kerinduan seorang anak ini. Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker