Saturday, December 20, 2008

Mak dah balik..

Pagi tadi, mak..adik ngan kakak(anak saudara ku) bertolak ke Terengganu. Kiranya dah seminggu duk bercuti di Bangi nie. Saja je..adik gue mahu bercuti sebab nak release tension. Ye lah ..kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat memang penat. apatah lagi duk mengawal budak2 kes Juvana..

Mak tak gi jalan mana2 pun. duk rumah je..bukan tak nak bawa gi jalan tapi mak dah tak larat. Dia tak mau gi jalan dah..nanti demam lagi. Hari tu bw round2 Putrajaya..sekali demam da..
Pastu langsung tak mau keluar dah..

Yang nak gi jalan cuma budak 2 org tu je lah. Gi tengok wayang katanya ngan kak yah..sampai 2 pagi baru balik. Wah2..seronoknya. Tapi katanya Cicakman2 tak best sangat. Diaorg nak tengok Histeria tapi jumpa cicak. Kira orait apa..

Tadi, jam 5.30ptg, mak dah sampai Trg. Mesti dia suka..ye lah kan umah sendiri. Boleh bergerak ke sana ke mari..teringat mak cerita. Masa kat sini, dia mimpi arwah chek.. hari tu pun. pada malam nak datang sini, diaorg buat makan2 kat rumah. Bakar sate.. Malam tu mak mimpi, chek balik..kat pintu..dia senyum jer..agaknya dia suka kot tengok anak cucu berkumpul kat umah tu. Aku pun dah lama sangat tak mimpi arwah. Rindu rasanya..kekadang bila terasa rindu sangat kat arwah..aku mula menangis..terkenang waktu2 yang sememangnya masih lekat di hati nie..sememangnya arwah chek memang sorang yang kelakar lah...dan aku akan tetap sayang padanya...Al-Fatihah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker