Sunday, October 19, 2008

Kain Pelikat..

Pagi tadi, bila aku menyusun semula kain2 pelikat di dalam almari..aku ternampak sehelai pelikat yang sudah lama tidak ku genggam erat. Kain pelikat yang berwarna oren coklat itu sudah ku sembunyikan dari pandangan mata. Bila ia di depan mata, rasanya hanya Allah yang tahu betapa aku rindu pada arwah ayahku. Sukarnya hati untuk melenyapkan beban rindu dan sarat kenangan ini dari hidup aku. Sebab..aku tak ingin rindu dan kenangan itu hilang.

Bermulanya kenangan itu...

Satu hari, aku di khabarkan yang insan teristimewa ini sakit. Pada 25hb Ogos 2006, aku bersama suami dan kakak2 ku bergegas pulang ke kampung. Dalam hati masing2 mungkin ada sedikit rasa berdebar kerana semua orang tidak tahu apa yang terjadi dan apa yang bakal terjadi. Sampai je kami ke kampung, ku lihat arwah ayah duduk di kerusi dan mengerang sakit. Rupa2nya, arwah tidak boleh menoleh pada kami..malah apabila menggerakkan kepalanya, kesakitan akan terasa. Arwah hanya boleh menjeling bila kami disisi. Melihat kesakitannya, kami menangis. Rasanya..ingin kami kongsi kesakitan itu. Kerana tidak mampu menahan rasa akan kehilangan arwah, adik bongsu ku menjadi lemah hampir pengsan. Bila aku bertanya pada adik, adik ku mengatakan bahawa dia telah bermimpi yang ayah ku meninggal..lalu bila dia melihat keadaan ayah yang sakit, dia berasa seolah2 dia akan kehilangan ayah.

Pada saat ayah duduk di kerusi itu juga, dia meminta tangan kami adik beradik..tangan ku diminta untuk digenggam dan dibawa ke dadanya. Lalu perkataan yang keluar dari bibir yang bergetar itu adalah.."adik, Chek minta maaf dik..chek sakit.."

Siapa yang mampu menahan tangis kala itu? Hati anak mana yang tak luluh saat itu? Aku makin tersentuh bila jemari csha juga digenggam erat di dadanya. Csha masih mengingatinya dan tadi bila ku tanya pada csha apa yang arwah ucapkan padanya, lantas csha katakan pada ku "ini cucu chek nie.."

Malam itu juga kami menghantar arwah ke hospital kerana sakitnya masih belum hilang. Arwah telah dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.

Esoknya, pada 26hb Ogos 2006, adalah hari jadi ku. Lalu aku bisikkan pada arwah. Dia kata dia tahu..dia tahu hari tu hari jadi ku...namun keadaan berbeza kerana arwah sedang sakit dan bagiku hari jadi itu tidak bermakna. Yang penting waktu itu adalah kesihatannya pulih. Di Hospital, ramailah saudar mara datang menziarahinya.

Masa berlalu juga..aku tidak boleh tunggu lama di sana. Bukan kerana tidak ada cuti tetapi aku perlu menyiapkan perbentangan untuk study ku. Beratnya rasa hati aku...saat aku minta diri untuk pulang, dimana tangannya aku cium dan pipinya pun ku cium, saat itu hanya berserah pada yang ESA untuk tentukan perjalanan hidupnya dan hidupku. Itu lah saat yang terakhir aku melihat wajahnya.

Aku masih di Kuala Lumpur. Meneruskan hidup di sini tanpa jiwa. Hanya ada tubuh yang mampu bertahan sedangkan jiwaku berada bersama arwah yang masih di Hospital. Teringat juga aku pada malam sambutan merdeka tahun tu..beberapa hari sebelum tu, ayah sudah keluar dari Hospital. Malam 31hb Ogos tu, aku mengadakan sedikit jamuan untuk birthday csha yang tertangguh. Pada malam itu juga, kakak ku menelefon meminta aku top up kredit phonenya. Dia kata, dia akan balik ke Kuala Lumpur. Dia pun dah bertanya pada arwah dan arwah benarkan. Malam tu juga aku bercakap dengan arwah melalui telefon. Arwah mengatakan yang dia sakit..dan jangan ingat dia. Aku cakap mana boleh tak ingat dia..selalu ingat dia..hari-hari ingat dia. Dan kata2 nya yang paling aku ingat adalah supaya aku belajar bersungguh-sungguh. Sepanjang aku menyambung pengajian, tak pernah sekali pun ayahku mengucapkan kata2 semangat. Tapi kata2 keramat itu aku sematkan dalam hati sehingga selesai pengajianku. Itulah perbualan terakhirku dengan arwah yang selalu terngiang2 di telinga ini.

Pada 1 September 2006, aku bekerja seperti biasa. Namun, aku asyik memandang telefon dan ingin menelefon kampung tetapi aku masih tak menelefon. Entah lah...dalam jam 10pg..aku membuat panggilan ke kampung. Tetapi aku diberitahu yang ayah telah dikejarkan ke Hospital pada awal pagi kerana sakitnya makin tenat. Kakak ku mengatakan yang dia pun tak teringat untuk maklumkan pada aku. Lalu, ku minta izin suami untuk pulang dulu menaiki kapal terbang. Tiket sudah ku tempah dan hanya berbekalkan pakaian kerja itu, aku akan terus ke KLIA untuk balik kampung. Yang ku tahu ketika itu, aku nak balik..aku nak berada di sisi arwah..aku nak tatap wajah terakhir arwah..aku nak ciumnya sepuas2..aku nak peluk dia..aku nak dia..aku nak dia..aku nak dia..!!!! ..Di saat hati tak keruan itu, suami ku mengajak kami pulang dengan kereta. Lalu pada jam 2 lebih aku bertolak dari KL ke TRG. Cuba bayangkan lamanya perjalanan itu. Kami melalui Jerangau Jabur untuk sampai ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, aku hanya bertemankan emosi dan bermacam2 perasaan yang ada. Kakak2 ku menelefon bertanya lokasi kami. Aku pula bertanya keadaan ayah ku..

Akhirnya aku terima juga satu panggilan dari kakak ku yang berada di KL. Bertanya lokasi kami lagi..sedangkan baru beberapa minit je bertanya kat mana kami. Aku mula curiga..aku cakap, bagitahulah kenapa..kenapa..? Tapi dia kata dia nak cakap dengan suamiku. Aku dah dapat agak. Ini mesti berita buruk. Benar..berita yang ngeri ku terima ayah ku telah tiada. Di waktu itu aku hanya menangis dan beristigfar kpd Allah yang memberi dugaan hebat ini.

Setibanya kami di kampung..aku sudah dapat melihat ramai orang telah berkumpul di halaman rumah. Tetapi yang menghibakan aku adalah kereta jenazah yang membawa arwah berada di selang beberapa kereta dihadapan kereta ku. Aku sampai di rumah bersama2 dengan jenazah ayahku. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain menghadiahkan yassin dan al fatihah padanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di letakkan dikalangan orang beriman.

Aku terus membaca yassin ditepi jenazahnya. Sepanjang malam mata ku tak lelap. Sehingga esoknya mataku tidak berapa nampak. Mata ku sakit kerana terlalu banyak menangis. Saat yang aku paling tak lupa adalah kucupan terakhir ku pada arwah selepas arwah dikapankan. Waktu itu, aku cuba menahan tangis. Aku kucup pipi, dahi dan dagu arwah..dan ada air jernih mengalir di tepi bibirnya. Csha pun sama..mengucup wajah arwah yang sehingga kini masih diingatinya.

Sayunya hati ini melihat wajah sejuk kakunya. Hanya tuhan yang tahu....
Akhirnya Jenazah selamat di kebumikan pada jam 11 pagi dengan lancar tanpa apa2 halangan.
Kini, segalanya dalam kenangan. Terlalu banyak cerita yang aku dengar sewaktu arwah sakit di kampung. Di saat2 terakhirnya juga, sempat dia bertanyakan di mana 2 lagi anak nya..aku dan kakak ku yang berada di Kuala Lumpur. Apakah perasaan anak ini bila mendengar pertanyaan itu sedangkan jarak dan masa yang menjadi penghalangnya..? Sedih..terkilan..sangat2 terkilan..itu lah yang boleh dinyatakan..dilafazkan dari bibir ini..tetapi hati bagaikan marah pada diri sendiri...
Tetapi, aku bersyukur juga kerana sebenarnya Allah itu menguji hambanya di saat kita sebenarnya telah bersedia untuk menerima dugaan itu. Lantas, aku berterima kasih kepada suami yang tersayang kerana mampu menguruskan segala hal berkaitan dengan jenazah sehingga arwah di masukkan ke liang lahad.
Dan aku..hanyalah anak yang masih mengharap putaran waktu walaupun aku tahu itu tidak akan berlaku...
Maka, aku redha atas pemergiannya.
Di sini, aku titipkan ucapan terima kasih yang teramat sangat kepada kakak, adik dan semua yang sanggup menjaga sewaktu sakitnya..dan ibuku yang tetap menjadi pendamping setia ke akhir hayat arwah...kuat sungguh hati mu waktu itu, menerima kehilangan orang yang paling kau sayang dari sisimu..
Dan, sehelai pelikat yang pernah menjadi milik arwah kini dalam jagaanku..tidak ku benarkan sesiapa pun memakainya kerana itu lah satu2nya miliknya yang masih kekal bersama selain kenangan..
Semoga rohmu akan bersemadi dengan aman..dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

6 comments:

inna said...

bukak2 blog....entry sedih la pulak....nangis2 baca ....
itula zie setiap apa yg ada, apa yg kita sayang pasti akan pergi..
cuma kita tak tahu bila? di mana?
pergi dan tak kan kembali lagi...

Mrs Bahari said...

ya lah na..
jadi baik kita pesan pada diri kita dan semua yang ada sekeliling kita tu..hargailah hidup orang yang kita sayang waktu dia masih bernyawa..bila dah tak de menyesal pun tak guna kan...

kella said...

kita tak tahu apa yang bakal terjadi.. hargai dan bersyukur dengan apa yang ada didepan mata..
sesungguhnya apa yang kita miliki sekarang adalah anugerah yang tak terhingga, jangan tunggu sehingga tiada baru nak hargai..
-love peace-

wan hanifa said...

sedeh nye kisah benar nih

SofieSofika said...

Huaaaaaaa..sedih la..
Ni baru aku tau citer sebetulnya. Kalu dok aku takut nok tanya, takut mung sedih..
Mung tau, aku ni doh la curi baca ms kat opis, pkl 8.30 pg lak tu. Baca plak staf aku kat seblh..air mata aku bergenang ms tgh baca. Cepat2 aku gi toilet.. Wakakaka..cover beb..

Mrs Bahari said...

Dak pe kalu mung tanya pun..aku orait..tapi tu lah yah..mung pun tahu aku ngan chek aku kamceng. Macam mung ngan ayah lah..bila semuanya pergi..kita teringat kan yah...al-fatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker