Sunday, September 27, 2009

Hari Raya yang indah..

Suami..n anak dara ku...

Salam lebaran sekali lagi untuk kalian yang membaca blog ni. Hari raya aidilfitri dah pun berlalu tetapi suasananya masih lagi terasa. Almaklumlah..syawal masih lagi bersama kita. So, hari raya tahun ni, kami beraya di Trg. Umah i lah tu. Semua adik beradik ada kecuali abg yang sulong beraya di kg isterinya lah..
Tahun ni, selesai je menunaikan solat sunat aidilfitri, kami balik ke umah bermaafan dengan mok. So, terasa lah juga ketiadaan Chek. Dalam meriah..dalam riuh rendah..ada sedikit kesedihan. Lepas je bermaafan, kami snap ler gambar sekeping dua..actually banyak keping lah.
Agenda seterusnya, menziarahi kubur arwah Chek dan juga tok wan n tok ki. Hiba rasa hati. Ye lah ..siapa tak rasa kehilangan kan..kita mesti akan melaluinya.

Bersama adik beradik yang ada. Dari kiri belakang, i lah..azizamani (kakak yg sulong), azffalyza(adik yang bongsu), azffadyla (kakak yg ke 3), dari kiri depan, azma ( abg yg ke2) Eshah (Mok) dan Azyah (kakak yg ke2). Azmi ( abg yang sulong) tiada dalam gambar kerana beraya di Kelantan.
Di rumah Mak Teh..selepas menziarah kubur, singgah beraya plus makan di sini..bersama sepupu dan juga family ku..
Di Kubur arwah Muda bin Hamat...Alfatihah..
Bergambar bersama family...

Saturday, September 26, 2009

Melancong bersama Han n Family






Secara kebetulan, kawan baik aku nie menjadi musafir si aidilfitri. Hari Raya Kelima, aku pegi umah Zainurin. pakat ngan Pok Ya. Jumpa lah juga akhirnya teratak Nurin tu. So, sesiapa yang nak datang beraya memang dialukan oleh tuan umah. Tup2..masa kat umah Nurin, Han call..katanya berada di KB. Tak sempat le jumpa kat KB coz KB memang jam giler..time raya lah katakan. Selepas ke KB, Han ke TRG. So, aku jumpa Han n Din di TRG lah. Kami ke Taman Tamadun Islam. Kalau Han tak datang, aku rasa memang aku pun tak sampai sana. Tengahari lak tu kami melawat Monumen2 kat TTI tu. Punya sakit kepala aku nie...Lepas ronda2 kat TTI, kami g makan lak kat tepi Permai Inn. So, pekena nasi dagang..otak2..keropok lekor..nasi lemak..nasi minyak..dsb. Sebelum tu sempat bawa Han g beli keropok lekor kat Losong. Lepas makan, kami ke Masjid Terapung dan di situ kmi berpecah..aku meneruskan perjalanan ke Politeknik Sultan Mizan, Dungun dan Han menuju ke Kuala Lumpur.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran


Salam lebaran untuk semua. Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga. Semoga berbahgia selalu..
Posted by Picasa

Wednesday, September 16, 2009

Zakat Fitrah itu Wajib dibayar..



Zakat itu wajib dibayar dan lihat lah contoh di atas..bagusnya seorang gadis jelita membayar zakat fitrahnya. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah kepada orang2 yang menunaikan zakat..alhamdulillah..

Berbuka Di Rumah Zira


Tq Zira untuk makan2 buka puasa. As usual, i selalu lambat. lagipun org tu ada meeting penduduk..so balik lambat. Jam 6 br g beli sate..pas tu terus g umah zira. Jalan jam lak tu. Jenuh pusing2..akhirnya ngam2 sampai dah nak masuk waktu berbuka. So, anyway..thanks ya..tuan umah...Tunggu raya lah pulak..

Berbuka Puasa Di Rosdet





Hari jumaat lepas 11.9.2009, kami berbuka puasa di Restoran Rosdet. Walaupun di hujani dengan hujan lebat, tetapi semangat nak buka puasa kat situ tu memang havoc lah. Yang join acara nie, Aida n Family, Kak Yanti, Mas,Haza, Syu dan I n Family. Nasib baik ada parking..
So, seperti biasa ada beberapa snapshot utk org2 yang menatapi blog nie..


Friday, September 11, 2009

Menu Csha,Ayah dan Ibu


Semalam berbuka di PJ Hilton. Bukan main suka Csha..almaklumlah..dia berpuasa lah katakan. Tapi lagi suka coz lauk favourite ada kat situ. Apalagi Ayam masak lemak cili padi. Tu je pun dah cukup istimewa bagi dia. Ayah, seperti biasa..daging ler..boleh makan daging lembu..daging kambing skali..Tapi ibu pulak yang best kat situ brownies coklat. paling best lah setakat nie..tak leh challenge hotel2 yang lain aku dah jejaki tu..teringat2 pulak...

Posted by Picasa

Thursday, September 10, 2009

Please Do Not Disturb


Please do not disturb!! This is a war between us. Please ignore any other things came out. Just relax..see the view of crowd..and let's do it..what is it..???? Shopping!!!
Posted by Picasa

Havoc Plus Vogue


Oleh kerana aktiviti di masa lapang adalah bergambar, maka dengan secara tidak sengaja dan sengaja, photo2 ini telah diambil. namun, hakikat yang pasti adalah memang mereka2 yang berada di dalam gambar ini suka sangat bergambar. So, selepas ini, peluang tidak akan dilepaskan jika adanya kamera di mana2..check it out..
Posted by Picasa

Wednesday, September 9, 2009

Posing

Posted by Picasa

Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7




Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-7 untuk diri sendiri dan suami tersayang..Mohd Bahari Makh Hassan. Semoga ikatan ini akan kekal ke akhir hayat kita...


Untuk suami tersayang, dititipkan satu bingkisan...

Terima kasih Allah kerana jodohmu menyatukan 2 hati. Bersyukur kerana 2 hati ini telah berjanji untuk bersama ke akhir hayat..Insyaallah. Terima kasih abang kerana sudi menjadi teman yang paling rapat. Sahabat yang berkongsi suka dan duka. Kawan yang sentiasa ada di sisi bila diperlukan. Terima kasih atas segala kasih sayang dan juga rasa cinta yang menggunung selama 12 tahun perkenalan dan selama 7 tahun hidup bersama..


Terima kasih untuk rasa rindu yang sentiasa menghuni hati kita berdua. Kerana rindu itu yang merapatkan rasa cinta itu..


Sayang doakan semoga abang akan tetap menjadi suami yang terbaik dan menjadi ayah yang terhebat untuk Csha..

Semoga perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya..insyaallah..

Doa2kan agar Allah memberi kita zuriat yang kedua..




Tuesday, September 8, 2009

Santai Berbuka Puasa

6hb yang lalu, kami ada buat acara berbuka puasa. Bersama bestfriend kami ler..seperti biasa, kunjungan daripada Farah & Family, Zira & family serta adik ipar aku n Ishah. Liz, Yani & Han tak dapat datang coz masing2 dah ada agenda sendiri. Tapi tak pe, next time boleh lah datang makan yer..
tapi yang bestnya, tiap2 tahun mesti macam ni..dah jadi acara wajib dah. Seronok..sebenarnya secara peribadi, ini lah acara yang boleh merapatkan hubungan kita coz masing2 dah busy dengan macam2 hal. So, acara tahunan lah kiranya nie.
So, next week..umah siapa..? Nasi beriyani dah janji dah dengan tuan umah tu...so..check it out..

Tuesday, September 1, 2009

3 tahun telah berlalu

3 tahun telah berlalu. Mengungkit kisah airmata. 1 September, kenangan itu kembali. Saat dirimu menutup mata, nyawa diambil izrail, hanya jasad yang kau tinggalkan. Hari itu adalah hari mu, entah bila hari ku akan tiba.
Namun, anak ini masih kekal merindui dirimu. Mengingati setiap detik yang tak sempat aku hadapi ketika nazakmu. Hanya mendengar cerita daripada insan-insan yang berada disisimu di waktu kau menghembuskan nafas terakhir. Anak ini masih setia memegang kain pelikat mu..masih setia mencium bau kain itu..seperti aku mencium dirimu. Rasanya, bauan itu masih sama. Cuma ia adalah sehelai kain tinggalan mu..
Dibulan yang mulia ini, aku masih mengharap agar aku bertemumu di alam mimpi. Walaupun seketika. Ku tahu, kau pasti pulang menjengguk kami..aku gembira saat tiba bulan yang mulia ini. Menunggu dengan harapan. Biarlah hanya sebentar..walaupun mata ini tidak dapat melihat dirimu lagi..hati ini yang merasai..
Chek,
Semoga tenang dan damai di sana. Kami juga akan menyusul..cuma harinya yang belum pasti..
Alfatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker