Friday, August 28, 2009

26 ogos 2009





Tq to my lovely hubby yang bersusah payah mengadakan acara gilang gemilang nie. Yang berusaha merangkap chef diva..farah dan juga suaminya Adyra.(tuan umah)..para jemputan yang merangkap best friends..Zira dan Kobis, Liz dan Isa. Memang ia bakal menjadi tradisi...

Wednesday, August 26, 2009

Today is Mine

Today is mine..hari nie aku 30 thn dah. Melangkah dengan impian yang menggunung. Harapnya semua impian tu akan menjadi milikku..dengan keredhaan yang maha esa. Insyaallah.
Tq to my lovely hubby untuk bunga tu..juga untuk kasih sayang yang banyak untuk wanita ini. Selama 12 thn berkenalan dan 7 tahun perkahwinan..sehingga kita berdua bersama untuk selamanya.
Untuk kawan2 yang disayangi, terima kasih atas ingatan dan semoga korang juga sentiasa diberi kebaikan dan kebahagiaan.

Reunion DDW


Kenangan masa reunion DDW di kawasan jajahan Putrajaya. Tak ramai yang ada tapi best juga. Next time boleh buat lagi gempak nie..

Hijau Itu Rumput

Posted by Picasa

Tuesday, August 25, 2009

Posted by Picasa

Saturday, August 22, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Ramadhan Yang Dirindui

Ramadhan yang dirindui datang lagi. Hari ini umat islam mula berpuasa. Semoga setiap amalan yang dilakukan adalah penuh dengan keikhlasan dan yang utama moga diberkati. Alhamdulillah kita yang hidup masih dapat merasai ramadhan kali ini. Dan, harapnya ramadhan akan datang juga dapat kita lalui jika Allah masih memanjangkan usia kita..Insyaallah. Dan jalanilah ibadat terawih dengan sempurna jika tiada halangannya. Jua kita berdoalah agar kita juga dapat berjumpa dengan Malam Lailatulqadar yang dinanti..

Salam Ramadhan untuk semua..Maaf di atas salah silap..

Wednesday, August 19, 2009

Pagi yang Indah

Pagi yang Indah..dikejutkan dengan panggilan telefon..suara yang ku kenal..
suara seorang lelaki yang bergelar suami..jauh di Sibu. Rupa-rupanya kejutkan aku dari lelap ku..Dah 3 hari di sana..dan..selamat pagi!!!!

Tuesday, August 18, 2009

Hati Ini Berkata

Ada ketika, waktu senja berlabuh, hati meruntun hiba. Mengingatkan aku pada satu kisah. Kisah kehilangan. Sayu..hiba..rindu dan gembira. Pasti hati ini berkecamuk. Begitu banyak kenangan yang singgah sehinggakan aku juga tidak tahu apa yang aku rasa. Tetapi, pasti Al-Fatihah ku hadiahkan untukmu agar kau tenang selalu di sana.
Walaupun kini, hampir 3 tahun kau pergi, aku terasa bagai semalam kau memejamkan mata buat selamanya. Rasanya baru semalam kita berbicara walau tidak bertentang mata. Rasanya baru semalam kau mengadu tidak selesa kerana sakitmu. Dan, baru semalam ku rasa kau menyebut namaku. Dan, aku tahu selama hidup ku ini, tidak pernah kau melupakan nama ku.
Aku juga begitu. Takkan pernah melupakan nama mu dihujung nama ku. Akan ku kekalkan ia untuk selamanya dan hanya akan berganti nama isteri mu tatkala talkin dibaca untuk ku.
Aku rindu untuk memicit tubuh tua mu yang sakit kerana sentiasa mencari sesuap nasi untuk amanah-amanah mu..aku rindu untuk mendengar latah mu yang bisa meriuhkan kesunyian ahli kelurga mu, aku rindu melihat peluh kering ketika kau mengejar masa untuk melakukan itu dan ini..ahh..banyak benar kerinduan tentang mu. Banyak benar kenangan bersamamu. Banyak sungguh yang ingin ku titipkan buat mu.
Dan, akan ku abadikan cerita mu di sini untuk memori kami, anak-anakmu yang kau tinggalkan sepi..dan Insyaallah..akan kami jaga wanita yang paling kau sayang dengan sempurna kerana wanita itu juga milik kami yang tersayang. Dan, setiap kali aku melihat wanita kesayanganmu, perkara yang tidak pernah ku lupakan adalah saat-saat terakhir mu, ku lihat jemari mu dan jemarinya erat kau genggam. Genggaman itu untuk selamanya..
Wahai ayahku yang amat ku rindu, tenang lah kau di sana bersama orang yang beriman. Semoga syurga akan bersamamu..Al-Fatihah..

Friday, August 14, 2009

Congrats


Congrats to my lovely Husband..as one of expert team. Tahniah juga kawan2nya yang lain. Dengar2 ramai yang dapat jaket tu..at least ada gak orang appreciate jasa2 yang ditaburkan oleh staff2 TM walau hanya sekadar menyarungkan jaket itu..

Wednesday, August 12, 2009

Pesta Flora di Putrajaya





Teambuilding @ Palm Garden IOI Resort Putrajaya

e













9 Ogos 2009-Ahad, aku n beberapa officemate telah dicalonkan untuk menghadirikan diri di Palm Garden Hotel untuk acara Teambuilding TM Consumer. Disebabkan Consumer dan bergabung dengan TMNET dan juga unit2 yang lain dan kami saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain, maka wujudlah program ini. Best juga. Program ni dikendalikan oleh orang2 TMTC iaitu En Azizun, Mohd Azhar dan Nurul. Tq ye..

Ada sesi yang menilai kejujuran kita, semangat berpasukan, time management dan banyak yang positif2 lah. Sesi terbahagi kpd 2..satu sesi pagi yang totally dalam dewan dan satu lagi pada sesi ptg amazing race pula diadakan. Untuk sesi pagi, kami diasingkan kepada 4 kumpulan. Dan, aku termasuk dalam kumpulan 4. So, berkenalanlah dengan kawan2 yang ada. Kami kena buat nama group, dan lahirlah group ALL 4 One. Dimana, kami bersatu padu untuk menjadi satu. Then kami kena persembahkan lagu Wau Bulan dengan creativiti. Lalu, yang bergelar wanita akan menyanyikan lagu tu dengan rentak asal..tradisional. Lalu, yang bergelar lelaki macho muncul dengan hip hop. Orait apa..baru lah ada kejutan..dan sebenarnya memang aku terkejut lah coz Izul, officemate aku yang memang baik tu tetiba je buat breakdance atau hip hop kot depan aku masa tengah show tu..terus aku lupa tarian aku sendiri. Memang terkejut. Tapi bangga juga coz sebenarnya aku dapat mengenali diri dia yang mungkin "dia sebenarnya". Tu yang kami gelak sangat tu..tak sangka..

Abg Man pun kelakar juga. Group dia kena denda menari lagu Bollywood. Cuba bayangkan..sesiapa yang kenal abg man lah ye..macamana rupa Abg Man tu menari bollywood..
ala2 shah rukh khan lah. Group aku pun kena denda gak tapi kena menari dangdut Inul..tercabar rasanya. Oleh kerana tatasulila kita ni, maka kami sekadar nyanyi je lah lagu dangdut tu. Yang menari, En Azizun, En Zul HR..ok apa..

Sesi petang, Amazing race. Group ada 7 orang termasuk Kak Mai, Abg Man, Yus,Mena,Nik dan Faz. Abg Man kaki dah sakit. Kak Mai pun tak leh buat yg kuat2. So, tinggal kami 5 yang akan menyelesaikan semua acara. Acara yang meniarap tu yang paling penat tu..tambah pula acara batu bata, makan roti sandwich yang dicampur dengan halia, nescafe,kopi and ntah apa2 lagi pun aku tak tau. Minum pulak air ginger,nescafe and di campurnya garam dalam air tu. Fuh..fear factor aku rasa nie..pengalaman tu. Akhirnya, acara habis dalam jam 7 ptg. Kumpulan Kak Yanti yang menjuarainya. Tahniah. Dan kumpulan kami, walaupun kalah tetapi kami menang dengan semangat berpasukan dan semangat setiakawan.

Yang pasti, aku dah 3 hari mc disebabkan otot2 nie sakit. Pengajarannya, selalu lah beriadah atau exercise supaya tidaklah otot2 tu terkejut bila berlaku kejutan....macam teambuilding ni..


Tuesday, August 11, 2009

Little Khalifah Sports Day












Little Khalifah Sports Day diadakan di Shah Alam pada 11 Julai 2009. So, kat situ, semua Litthe Khalifah berkumpul daripda beberapa cawangan termasuk lah TM Dynamic Kids, tempat Csha sekolah. Banyak acara dan TM Dynamic Kids telah menjadi juara keseluruhan. Kata Mak Teh, 6 tahun berturut-turut TM Dynamic Kid jadi juara Keseluruhan. Tahniah kepada anak2 kecil ini.seronok tengok mereka tu bersaing. Parents pun apa kurangnya..Battle of Cry mereka iaitu.."TM Boleh"..

Monday, August 10, 2009

SCS Mgmt Meeting-Holiday Villa

Pada 5 & 6 Ogos lalu, aku n the team telah diminta menjadi sekretariat untuk State Consumer Sales Management Meeting yang berlangsung di Holiday Villa. Tetapi, persiapannya juga amat lah memenatkan. Nampak macam senang je tp sikit punya remeh lah nak buat itu..ini..
At last, berjaya juga. Tapi, macam2 cerita yang berlaku. Hanya tuhan yang tahu. Tapi aku nak juga catatkan di sini. Aku ni senang and simple je orangnya. Tidak terlalu detail..tidak terlalu cerewet..cukuplah ala kadar sahaja dan selalu berpegang pada kata2 ni.."Malu bertanya sesat jalan". Tetapi ada juga yang tidak pandai nak mengajar orang sekeliling. Hanya tahu menunding jari pasa setiap kesilapan yang dibuat walaupun pada awalnya tunjuk ajar boleh diberikan. Namun, aku tetap aku..berdiri teguh sebelum tumbang. Kini, aku belajar melalui pengalaman.
Aku tak minta korang yang membaca ni paham apa yg aku maksudkan..cuma sekadar melepaskan apa yang hati ku minta ku coretkan.

Walaupun begitu, aku n geng amat seronok sekali berada di situ untuk acara ini. Kami adakan meeting untuk 2 hari tu.










1st day -o5 ogos 2009
Bermula acara jam 9 pagi sehingga 7 ptg. Malam tu pulak, kami ada dinner bersama-sama dengan PTTs head. Ok lah..siap ngan karaoke lagi tu. Bila semua dah cabut, barulah team aku nie berkaraoke..siap ngan AGM aku lagi tu. Boleh tahan suaranya..wow...

2nd day-06 ogos 2009
Sambung pada pagi tu..ada juga kena sound..lantak ngko lah labu..yang penting hati mau nak hepi. Tapi tak hepi juga..tup2..nak main bowling lak bagi sesi petang tu. Kena juga arrangekan. So, jam 3 pi main bowling..seronok gak..
Selesai semua dalam jam 5 ptg.

seronok dapat kenal dengan PTTs head. Diaorang pun sporting gile..Dan, yang paling best kami tidur di Holiday Villa bersama2..bilik secretariat tu kami share 5 org. Ngan Mak buyong sekali tidur sana..Haza lah tu. Yang bestnya..kami asyik ketawa je..macam2 perangai...
whatever lah..layan...

Jumpa Kak Shida

26 Julai yang lalu, ada kenduri kat umah Kak Norini. Ex-officemate masa kat Bukit Raja. Kenduri Kahwin anaknya Saipul. Congrats..
On the way balik dari Sg Jadi, singgah jap umah Kak Shida..juga ex-officemate masa kat Bukit Raja. Kebetulan je tu..alang2..boleh lah sembang2 jap. Tupun tak lama. Kak Shida maintain je cam tu..anak2 semua dah besar..along dah jd doktor akhirnya..Tak lama lagi leh lah pulak terima menantu..hehe..Semoga Kak Shida bahagia selalu dan kini selepas VSS, Kak Shida bekerja sebagai surirumah sepenuh masa. Apa2 pun wish u all the best. Tak jumpa lah suami Kak Shida coz out the station lah..thanks ye Kak..

Durian..oh durian..


amsyar



Anak saudara ku..

Mak Jatuh

Pada 21 Julai juga, kak la telefon aku. Katanya Mak Jatuh. Gue dah panik giler lah ni. Ye lah..jauh dimata tapi dekat dihati. Risau betul. Maklumlah, Chek dah tak de. Sapa yang boleh jaga dia. So, aku dah sibuk pk dah..hari tu dah lah birthday Csha. Ada celebration petang. Aku dah planning nak balik nie. Balik ngan Csha je..naik flight. Kira nak beli tiket je nie. Tapi bila telefon, dapat cakap ngan Mak, katanya dia jatuh tersepak akar kayu yang melintang patah. Sekali dia jatuh. Dah le dia selalu jatuh masa kat umah. Dia kuatkan diri untuk bangun, dan terasa pergelangan tangannya dah berbunyi.."ala2 ajis tu..". Terus dia rasa yang tangannya dah patah. So, dia pun g umah adik dia..(maknanya mak sedara i lah) untuk bawa g umah orang yang pandai betulkan tangan patah. Alhamdulillah ok. Tapi berbalut juga lah.

Esoknya, pagi lagi kami 3 beranak balik TRG. So, perjalanan menuju kg mengambil masa juga. Almaklumlah jauh..Kami sampai tengahari. Lega dapat tengok Mak. At least something lah. So, sebelah tangan tak leh gerak lagi. Tangan kanan yang ok. Tapi tak pe, aku sempat jaga mak untuk beberapa hari coz kena balik KL. Ayie ada exam. Kebetulan pulak tu adik kena g BTN kat Johor. Aku bertolak balik hari Jumaat. Tapi sebelum kejadian berlaku, mak kata dia ada mimpi arwah chek. Arwah balik umah..tapi sepatah pun arwah tak bercakap. Mak kata dalam mimpi tu mak tegur chek..kenapa kurus sangat..? Tapi chek tak jawab. Tapi dalam mimpi tu ada lah tangan mak sakit..rupa-rupanya betul lah mak jatuh..selepas beberapa hari mimpi.

Tapikan, yang aku rasa, mak mesti terasa ada orang yang masih sayang padanya. Arwah suaminya datang dalam mimpi membawa maksud agar orang yang disayanginya sentiasa waspada dan selamat. Tetapi kita berharap apa yang kita mimpi adalah mimpi. Mak beruntung kerana selalu bertemu arwah suaminya dalam mimpi. Agaknya, cukup lah walau dalam mimpi. Kerana pertemuan itu memebenarkan rasa rindunya berlalu.

Dan aku, masih setia berharap dan setia menanti agar bermimpi bertemu arwah.Terlalu lama rasanya tidak ku tatap wajah itu. Tidak ku dengar ketawanya..tidak ku lihat senyumnya..

Hanya doa untukmu..dan aku sebenarnya..

Rindu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku rindu....

Hepi Birthday Csha 21.07.2009











Pada 21 Julai yang lalu, Csha celebrate birthdaynya yang ke 6 tahun. So, celebration nya diadakan di TM Dynamic Kids jam 4 ptg. So, kami bawa 2 kek untuknya dan rakan2 yang comel-comel semuanya.. Dan, ibu doakan agarkan Csha selamat dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. Ibu juga mengharapkan agar csha menjadi anak yang sebaik-baik umat.
Ibu sayang csha untuk selamanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Wedding..Mr and Mrs Bahari

Daisypath Anniversary Years Ticker